Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Tawaran Bantuan Program Fuqaha’ Yayasan Pendidikan MAIDAM Dibuka Buat Lepasan SPM

Oleh Cikgu Shaari • June 17, 2022 • 2 min baca

Tawaran Bantuan Program Fuqaha’ Yayasan Pendidikan MAIDAM Dibuka Buat Lepasan SPM
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Yayasan Pendidikan Maidam mempelawa kepada pelajar lepasan SPM 2021 untuk memohon bantuan melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Timur Tengah bagi Ijazah Sarjana Muda Tahun 2022.

Para pelajar perlulah membuat permohonan dengan Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) terlebih dahulu bagi mengikuti pengajian di timur tengah. Permohonan adalah secara dalam talian di laman e-timurtengah

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran bantuan dan panduan buat permohonan.

PENGAJIAN DITAWARAKAN

Antara pengajian yang ditawarkan ke Jordan di peringkat Ijazah Sarjana Muda adalah bidang:

  • Fiqh dan Usul,
  • Usuluddin
  • Bahasa Arab

Tawaran pengajian adalah di Universiti Mu’tah, Universiti Yarmouk, Universiti Al-AlBayt.

CARA MOHON

Para pelajar perlulah membuat permohonan dengan Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) terlebih dahulu bagi mengikuti pengajian di timur tengah. Permohonan adalah secara dalam talian di laman e-timurtengah:

Permohonan dibuka pada 1 JUN 2022 (RABU) JAM 10.30 Pagi dan ditutup pada TUJUH (7) HARI SELEPAS KEPUTUSAN RASMI SPM DAN STAM DIUMUMKAN pada jam 11.59 Malam. Untuk makluman, PEMOHON perlu menghantar semua dokumen kepada Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi dan PEMOHON yang telah mendapat status layak perlu memuat naik dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan melalui sistem selewat-lewatnya pada 19 OGOS 2022 (JUMAAT).

Setelah buat permohonan mengikuti pengajian di timur tengah, anda boleh hantar permohonan untuk Bantuan Program Fuqaha MAIDAM dengan memuat turun borang permohonan di pautan berikut:

Borang permohonan dan salinan dokumen yang telah disahkan perlulah dihantar ke alamat seperti berikut:

  • Yayasan Pendidikan MAIDAM,
    Lot 9 & 10, Tingkat 1, Bazar MAIDAM, Jalan Masjid Abidin,
    20100 Kuala Terengganu

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.