Hari Guru Malaysia 2026: Sejarah 16 Mei, Tema “Guru Bitara Nadi Negara” & Kepentingannya •HR Bagi Resume Kosong Untuk Diisi? Ini Sebab Anda Masih Perlu Ada Resume Sendiri •Panel Tanya Dalam English Masa Temuduga? Ini Ayat Penyelamat Untuk Calon Yang Kurang Fasih •UKF & Temu Duga PISMP 2026: Tarikh, Persediaan Lengkap & Tips Lulus (Ramai Terlepas Pandang) •Perlu Ke Sahkan Salinan Sijil? Ini Jawapan & Siapa Yang Layak Sahkan (Update 2026) • Hari Guru Malaysia 2026: Sejarah 16 Mei, Tema “Guru Bitara Nadi Negara” & Kepentingannya •HR Bagi Resume Kosong Untuk Diisi? Ini Sebab Anda Masih Perlu Ada Resume Sendiri •Panel Tanya Dalam English Masa Temuduga? Ini Ayat Penyelamat Untuk Calon Yang Kurang Fasih •UKF & Temu Duga PISMP 2026: Tarikh, Persediaan Lengkap & Tips Lulus (Ramai Terlepas Pandang) •Perlu Ke Sahkan Salinan Sijil? Ini Jawapan & Siapa Yang Layak Sahkan (Update 2026) •

Cara Mohon Insentif Khas Pasangan Pengantin Di Pahang

Oleh Cikgu Shaari • June 17, 2022 • 2 min baca

Cara Mohon Insentif Khas Pasangan Pengantin Di Pahang
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Rakyat Negeri Pahang yang bakal jadi pengantin boleh mohon Insentif Khas Pasangan Pengantin yang ditawarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Pahang. Insentif ini disediakan khas untuk pengantin yang berdaftar di negeri Pahang.

Insentif ini disediakan untuk pasangan yang pengantin lelakinya berpendapatan RM5000.00 dan ke bawah tertakluk kepada syarat-syarat dan garis panduan yang ditentukan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut insentif pengantin yang ditawarkan dan panduan buat permohonan.

SYARAT KELAYAKAN

Insentif ini disediakan untuk pasangan yang pengantin lelakinya berpendapatan RM5000.00 dan ke bawah tertakluk kepada syarat-syarat dan garis panduan yang ditentukan:

  • Hanya anak-anak Pahang sahaja yang layak menerima insentif ini.
  • Samada pengantin lelaki atau perempuan mestilah anak kelahiran Negeri Pahang.
  • Pasangan pengantin yang mana pengantin lelaki sahaja berpendapatan RM5000.00 dan ke bawah layak menerima insentif
  • Bagi perkahwinan di luar negeri Pahang, pengantin lelaki mestilah anak kelahiran Pahang.(Kebenaran Luar Negeri (KBLN))
  • Perkahwinan ini mestilah didaftarkan di Negeri Pahang dengan Kebenaran Pejabat Agama Islam Daerah.
  • Perkahwinan anak Pahang yang didaftarkan di luar negeri Pahang,pengantin perlu membuat permohonan dan pengesahan di Pejabat Agama Islam (dimana tempat permohonan).
  • Bagi pemastautin di negeri Pahang sekurang-kurangnya 10 tahun atau lebih, perlu mendapatkan pengesahan dari Penghulu/ADUN Kawasan/pengurus FELDA/Imam Qaryah atau Penyelaras.
  • Duda atau Janda atau salah seorang yang mana pasangannya adalah anak negeri Pahang dan berkelayakan, perkahwinan kali pertama dengan pasangan yang lain, layak untuk menerima insentif.
  • Setiap permohonan perlu hantar ke Pejabat Agama Islam Daerah di mana Permohonan Kebenaran atau Pendaftaran Perkahwinan di buat.

Anda tidak layak untuk memohon sekiranya:

  • Poligami
  • Nikah semula (pasangan yang sama selepas tamat tempoh iddah)
  • Nikah tanpa kebenaran
  • Kedua pasangan bukan asal Pahang
  • Pendapatan lelaki melebihi RM 5,000.00

DOKUMEN DIPERLUKAN

Permohonan mestilah disertakan bersama dokumen berikut:

  • 2 Salinan Kad Pengenalan pemohon (depan dan belakang)
  • 1 Salinan catatan akad nikah pemohon
  • 2 Salinan penyata akaun bank pemohon

CARA MOHON

Sekiranya anda bakal menjadi pasangan penganting dan memenuhi syarat kelayakan dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan dengan mengisi borang permohonan yang disediakan di bawah:

BORANG INSENTIF KHAS PASANGAN PENGANTIN

Lengkapkan borang permohonan tersebut dan hantarkan bersama dokumen sokongan dinyatakan di atas ke pejabat agama Islam daerah masing-masing.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke laman www.emunakahat.pahang.gov.my atau hubungi Bahagian Undang-undang Keluarga Islam Pahang Jabatan Agama Islam Pahang di talian 09 42711111.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.