Rabun Warna Boleh Mohon SPA9? Ini Jawatan Kerajaan Yang Masih Sesuai Untuk Calon Rabun Warna Tahun 2026 •Video Resume Semakin Popular Di Malaysia? Ini Cara Buat Video Resume Yang Betul & Profesional •Bantuan Pesawah 2026: Kerajaan Salur RM200 Sehektar & Tingkatkan Insentif Pembajakan Kepada RM300 •Senarai Bantuan Laptop Pelajar Mengikut Negeri 2026: Ramai Masih Tak Tahu Ada Yang Boleh Dapat Hingga RM3000 •Nama “Mohd” Tak Lagi Boleh Digunakan Untuk Anak Baru? Ini Penjelasan Sebenar Isu Viral JPN 2026 • Rabun Warna Boleh Mohon SPA9? Ini Jawatan Kerajaan Yang Masih Sesuai Untuk Calon Rabun Warna Tahun 2026 •Video Resume Semakin Popular Di Malaysia? Ini Cara Buat Video Resume Yang Betul & Profesional •Bantuan Pesawah 2026: Kerajaan Salur RM200 Sehektar & Tingkatkan Insentif Pembajakan Kepada RM300 •Senarai Bantuan Laptop Pelajar Mengikut Negeri 2026: Ramai Masih Tak Tahu Ada Yang Boleh Dapat Hingga RM3000 •Nama “Mohd” Tak Lagi Boleh Digunakan Untuk Anak Baru? Ini Penjelasan Sebenar Isu Viral JPN 2026 •

Permohonan Rayuan UPUOnline Sesi 2020/2021 Dibuka Mulai 18 Ogos

Oleh Cikgu Shaari • June 2, 2020 • 1 min baca

Permohonan Rayuan UPUOnline Sesi 2020/2021 Dibuka Mulai 18 Ogos
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Untuk makluman semua, semakan keputusan UPU bagi sesi 2020/2021 bagi lepasan SPM/setaraf boleh mula dibuat mulai Jun 2020 manakala bagi lepasan STPM/setaraf adalah pada bulan Ogos 2020.

Keputusan UPU boleh disemak secara online, SMS atau aplikasi UPUPocket 2.0. Pemohon yang gagal mendapat tawaran kemasukan masih berpeluang memasuki Institusi Pengajian Tinggi yang diingini dengan membuat permohonan rayuan UPU.

PERMOHONAN RAYUAN UPU SESI 2020/2021

Permohonan rayuan UPU sesi 2020/2021 ke Universiti Awam bagi lepasan STPM/setaraf boleh dibuat mulai 18 Ogos 2020 hingga 28 Ogos 2020 jam 5 petang melalui portal rasmi UPUOnline.

Bagi rayuan ke Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) boleh dibuat terus ke Portal Rasmi Agensi berkenaan.

Namun diingatkan kepada pemohon, hanya pemohon yang gagal mendapat tawaran ke Universiti Awam serta yang ditawarkan ke program pengajian peringkat sijil sahaja yang boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline.

Tarikh semakan keputusan rayuan akan dimaklumkan kemudian.

Permohonan Rayuan UPUOnline Sesi 2020/2021 Dibuka Mulai 18 Ogos

TARIKH PENDAFTARAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM

Pendaftaran kemasukan ke 17 Universiti Awam adalah bermula pada 13 Julai hingga 4 Oktober 2020 sementara kategori lain bermula pada 5 Julai 2020 hingga 4 Januari 2021. Rujuk tarikh daftar kemasukan di jadual bawah.

Permohonan Rayuan UPUOnline Sesi 2020/2021 Kini Dibuka

Untuk maklumat lanjut mengenai Permohonan Rayuan UPU sesi 2020/2021, anda boleh dapatkan di laman rasmi UPUOnline atau hubungi talian 03- 8870-8200 untuk mendapatkan penjelasan daripada pegawai bertugas.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.