Permohonan Lanjutan Moratorium Boleh Dibuat Mulai 7 Ogos 2020

Seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhiddin Yassin semalam, moratorium pinjaman rakyat boleh dilanjutkan lagi dan permohonan lanjutan boleh dibuat bermula 7 Ogos ini. Moratorium yang dilaksanakan oleh kerajaan dijangka akan memanfaatkan seramai tiga juta individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Permohonan Lanjutan Moratorium Boleh Dibuat Mulai 7 Ogos 2020

Memahami masalah rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19 moratorium ini merupakan bantuan bagi meringankan beban kewangan rakyat.

LANJUTAN MORATORIUM

Bagi individu yang hilang pekerjaan pada tahun 2020 akibat COVID-19 dan masih belum mendapat pekerjaan baru, moratorium untuk golongan ini akan dilanjutkan sehingga Disember 2020. Lanjutan moratorium berikutnya akan dipertimbang oleh pihak bank bergantung situasi semasa mereka.

Bagi individu yang gaji terjejas atau berkurang pula, moratorium tidak akan dilanjutkan, tetapi bayaran ansuran bulanan akan dikurangkan selaras dengan pengurangan gaji bergantung kepada jenis pinjaman. Bantuan pengurangan ini akan diberikan sekurang-kurangnya selama 6 bulan.

BANTUAN BANK BERSASAR

Perdana Menteri mengumumkan bahawa bank-bank bersasar akan memberikan komitmen mengikut situasi peminjam untuk memberi bantuan seperti berikut:

  • Bayar faedah sahaja untuk jangka masa ditetapkan
  • Memanjangkan tempoh keseluruhan pinjaman untuk kurangkan bayaran balik pinjaman
  • Memberi pelepasan lain sehingga peminjam capai kedudukan kewangan lebih stabil

PERMOHONAN LANJUTAN MORATORIUM

Bagi individu yang ingin membuat permohonan lanjutan moratorium yang boleh dilakukan mulai 7 Ogos ini, peminjam boleh hubungi bank masing-masing dengan makluman untuk buat permohonan lanjutan.

Pihak bank akan menawarkan pilihan penjadualan ansuran, tertakluk kepada Akta Sewa Beli. Antaranya adalah memanjangkan tempoh bayaran balik pada kadar ansuran bulanan yang lebih rendah. Walaubagaimanapun, ia bergantung kepada situasi semasa peminjam dan rundingan dengan pihak bank.

Semoga lanjutan moratorium yang diberikan oleh kerajaan ini dapat memberi manfaat kepada rakyat dan memberi peluang untuk rakyat menstabilkan kewangan semula.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma