Kerjaya

Iklan Jawatan Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA Sdn. Bhd.

July 30, 2020Oleh Cikgu Shaari2 min baca
Ketua Pegawai Eksekutif GIATMATA Sdn. Bhd.

GIATMARA Sdn. Bhd. kini membuka peluang pekerjaan untuk jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO). Jawatan ditawarkan kepada calon yang mempunyai perwatakan kepimpinan yang tinggi dan bertanggungjawab menjadi pemimpin kepada syarikat serta mempunyai kebolehan yang tinggi dalam Technical Skills.

Warganegara Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan dipelawa untuk membuat permohonan sebelum tarikh tutup iklan jawatan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut mengenai kekosongan jawatan yang ditawarkan.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Nama Majikan: Majlis Amanah Rakyat (MARA)
  • Lokasi Kekosongan: Kuala Lumpur
  • Tarikh Tutup Permohonan: 07 Ogos 2020

SYARAT KELAYAKAN

Antara syarat kelayakan yang perlu dipenuhi untuk mengisi kekosongan jawatan adalah:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak lebih 58 tahun pada tarikh tutup permohonan
  • Mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Bussiness/Marketing/Finance/Accounting atau bidang berkaitan
  • Mempunyai pengalaman kerja yang bagus dan sekurang-kurangnya 10 tahun prestasi yang baik dalam pengurusan atasan (top management)
  • 15 tahun pengalaman dalam pengurusan latihan (training management) dan pembangunan kemahiran TVET
  • Mesti mempunyai prestasi yang baik dengan daya kepimpinan yang tinggi
  • Tidak mempunyai sebarang rekod disiplin
  • Mempunyai pengalaman yang luas dalam industri berkaitan
  • Berupaya mengurus pentadbiran, kewangan, sumber manusia dan aset untuk mencapai sasaran objektif syarikat
  • Mempunyai rangkaian perniagaan yang bagus, daya pemikiran strategik, nilai integriti yang tinggi, daya komunikasi tinggi, daya kepimpinan tinggi, mampu buat keputusan, proaktif dan kebolehan lain yang berkaitan.

CARA MEMOHON

Permohonan jawatan boleh dibuat dengan menghantar permohonan yang lengkap bersama resume / Currirulum Vitae (CV) yang mempunyai :

  • Maklumat peribadi,
  • Kelayakan akademik (sertakan bersama sijil berkaitan)
  • Pengalaman kerja
  • Jangkaan gaji
  • Gambar ukuran passport

Permohonan yang lengkap dengan maklumat tersebut perlu dihantar sebelum 7 Ogos 2020 ke alamat berikut:

  • DIRECTOR HUMAN RESOURCE DEVELOPMENT DEPARTMENT
    No. 39 & 41,
    Wisma GIATMATA
    Jalan Medan Tuanku
    50300 Kuala Lumpur
  • Tel: 03 2691 2690
  • Email: iklankekosongan@giatmara.edu.my

Topik artikel ini
Kerjaya Semakan & Permohonan
Ditulis oleh
Profil Penulis

Cikgu Shaari

Penulis Pendidikan & Kerjaya

Dikenali dengan gaya penulisan yang mudah difahami dan memberi inspirasi, Cikgu Shaari berkongsi pelbagai panduan pendidikan dan kerjaya di edubestari.com. Beliau percaya bahawa pendidikan adalah kunci utama kejayaan dan perubahan masa depan.

Lihat semua artikel
Edubestari Update Join Channel WhatsApp Info terus ke telefon anda