Permohonan Khas Jawatan MySTEP Di Pelbagai Kementerian Buat OKU Dibuka
Berita baik buat pencari kerja dalam kategori OKU di seluruh Malaysia! Program MYSTEP OKU menyediakan penempatan pekerjaan buat jangka masa pendek di pelbagai sektor Kementerian, Agensi Kerajaan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).
PERKESO dengan kerjasama MYSTEP membuka peluang kepada semua pencari pekerja yang dikategorikan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia untuk memohon jawatan yang ditawarkan!
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran pengambilan MySTEP OKU dan panduan pendaftaran online.
Isi Kandungan
AGENSI & GLC TERLIBAT
Program MYSTEP OKU menyediakan penempatan pekerjaan buat jangka masa pendek di pelbagai sektor Kementerian, Agensi Kerajaan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).
Tawaran pengambilan MySTEP OKU adalah dibuka bagi penempatan di pelbagai kementerian berikut:
- Kementerian Perpaduan
- Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi
- Kumpulan Wang Persaraan
- Kementeran Pertahanan Malaysia
- Kementerian Kewangan Malaysia
- Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
- Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komiditi
- Jabatan Penerangan Malaysia
- Kementerian Kerja Raya
CARA DAFTAR PENGAMBILAN MYSTEP OKU
Adakah anda seorang Orang Kurang Upaya (OKU) dan sedang mencari peluang pekerjaan di Sektor Awam?
Sekiranya ya, anda boleh buat permohonan sekarang dengan mengisi borang pendaftaran pekerjaan MySTEP secara atas talian melalui pautan disediakan. Ikut langkah berikut untuk buat pendaftaran:
- Pergi ke pautan PRA PENDAFTARAN MYSTEP OKU
- Pilih penempatan kementerian yang anda mahu di Pilihan 1 hingga 3
- Masukkan lokasi penempatan yang anda mahu
- Masukkan maklumat peribadi seperti diminta
- Lengkapkan maklumat seperti diminta
- Klik Submit untuk hantar permohonan
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan MySTEP OKU, anda boleh terus hubungi pegawai bertugas di talian berikut:
- Nurul: 019 609 7042
- Zaid: 011 1088 5669