Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul • Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul •

Permohonan Khas Jawatan MySTEP Di Pelbagai Kementerian Buat OKU Dibuka

Oleh Cikgu Shaari • September 21, 2022 • 2 min baca

Permohonan Khas Jawatan MySTEP Di Pelbagai Kementerian Buat OKU Dibuka
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Berita baik buat pencari kerja dalam kategori OKU di seluruh Malaysia! Program MYSTEP OKU menyediakan penempatan pekerjaan buat jangka masa pendek di pelbagai sektor Kementerian, Agensi Kerajaan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).

PERKESO dengan kerjasama MYSTEP membuka peluang kepada semua pencari pekerja yang dikategorikan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia untuk memohon jawatan yang ditawarkan!

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran pengambilan MySTEP OKU dan panduan pendaftaran online.

AGENSI & GLC TERLIBAT

Program MYSTEP OKU menyediakan penempatan pekerjaan buat jangka masa pendek di pelbagai sektor Kementerian, Agensi Kerajaan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).

Tawaran pengambilan MySTEP OKU adalah dibuka bagi penempatan di pelbagai kementerian berikut:

  • Kementerian Perpaduan
  • Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi
  • Kumpulan Wang Persaraan
  • Kementeran Pertahanan Malaysia
  • Kementerian Kewangan Malaysia
  • Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
  • Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komiditi
  • Jabatan Penerangan Malaysia
  • Kementerian Kerja Raya

CARA DAFTAR PENGAMBILAN MYSTEP OKU

Adakah anda seorang Orang Kurang Upaya (OKU) dan sedang mencari peluang pekerjaan di Sektor Awam?

Sekiranya ya, anda boleh buat permohonan sekarang dengan mengisi borang pendaftaran pekerjaan MySTEP secara atas talian melalui pautan disediakan. Ikut langkah berikut untuk buat pendaftaran:

  1. Pergi ke pautan PRA PENDAFTARAN MYSTEP OKU
  2. Pilih penempatan kementerian yang anda mahu di Pilihan 1 hingga 3
  3. Masukkan lokasi penempatan yang anda mahu
  4. Masukkan maklumat peribadi seperti diminta
  5. Lengkapkan maklumat seperti diminta
  6. Klik Submit untuk hantar permohonan

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan MySTEP OKU, anda boleh terus hubungi pegawai bertugas di talian berikut:

  • Nurul: 019 609 7042
  • Zaid: 011 1088 5669

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.