Permohonan GKP 3.0 Bantuan Peniaga RM1,000 Dibuka Sehingga 15 April 2021

Dalam pengumuman khas Perdana Menteri semalam dengan matlamat untuk melonjakkan semula aktiviti ekonomi, beliau telah mengumumkan Kerajaan akan melaksanakan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi atau PEMERKASA bernilai 20 bilion ringgit dengan suntikan fisikal baharu oleh Kerajaan berjumlah 11 bilion ringgit.

Di bawah Program PEMERKASA, Kerajaan terus komited untuk menyokong sektor perniagaan khususnya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro tempatan melalui Geran Khas Prihatin (GKP) 3.0.

Ia bertujuan untuk meringankan beban kewangan PKS mikro agar mereka mampu menggiatkan semula perniagaan di dalam tempoh yang masih mencabar ini.

KADAR BANTUAN GKP 3.0

Setiap perusahaan mikro dan PKS yang layak akan menerima bantuan one-off sebanyak:

  • RM1,000

SYARAT PERMOHONAN GKP 3.0

Penerima sedia ada GKP 1.0 dan GKP 2.0 akan menerima bayaran tambahan RM1,000 tanpa perlu membuat permohonan semula. Ianya sudah mula dibayar mulai 25 Mac lalu.

Namun, GKP 3.0 adalah satu bantuan lain yang berbeza. Bantuan GKP 3.0 yang akan dibuka ini hanya dibuka kepada PKS yang memenuhi syarat berikut:

  • PKS yang TIDAK PERNAH menerima GKP sebelum ini
  • PKS Mikro yang TIDAK LULUS dan BELUM menerima GKP sebelum ini
  • Menepati kriteria PKS mikro
  • Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Pihak Berkuasa Tempatan atau LHDN setakat 28 Februari 2021
Nota: Penerima GKP 1.0 & GKP 2.0 akan terima GKP 3.0 SECARA AUTOMATIK tanpa perlu buat sebarang permohonan

TARIKH PERMOHONAN GKP 3.0

Perusahaan mikro dan PKS yang layak boleh buat permohonan GKP 3.0 pada:

  • Permohonan GKP 3.0: Mulai 1 April 2021 sehingga 15 April 2021 (15 hari)

CARA MOHON GKP 3.0

Permohonan GKP 3.0 dibuka bagi PKS yang tidak menerima GKP sebelum ini. Untuk membuat permohonan GKP 3.0, pemohon mestilah kemukakan permohonan secara online melalui Portal GKP di pautan berikut:

Laman tersebut akan dikemaskini dan membuka permohonan GKP 3.0 mulai 1 April 2021.  Geran ini dijangka akan memanfaatkan lebih 1.2 juta usahawan.

TARIKH BAYARAN GKP 3.0

Setelah pangkalan data GKP dikemaskini, pembayaran GKP 3.0 akan mula dibuat pada:

  • Tarikh bayaran GKP 3.0: Jun 2021

Untuk maklumat lanjut berkenaan permohonan GKP 3.0, anda boleh ke laman web https://gkp.hasil.gov.my/.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma