Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Tawaran Jawatan Kontabel Polis Bantuan Di Bank Negara Malaysia Dibuka

Oleh Cikgu Shaari • April 15, 2021 • 3 min baca

Tawaran Jawatan Kontabel Polis Bantuan Di Bank Negara Malaysia Dibuka
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Bank Negara Malaysia (BNM) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk memohon jawatan Konstabel dalam perkhidmatan Polis Bantuan yang dibuka sehingga 23 April 2021.

Pengambilan jawatan konstabel unit khas ini menawarkan pelbagai manfaat dan kemudahan termasuk peluang mendapatkan pengalaman dan pengetahuan yang luas dengan Pelan Pusingan Kerja (Job Rotation) di Pejabat-pejabat Bank Negara Malaysia di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan cara untuk membuat permohonan.

SYARAT KELAYAKAN

Calon hendaklah mempunyai kelayakan seperti yang berikut:

  • Warganegara Malaysia yang berumur antara 18 hingga 28 tahun
  • Sihat tubuh badan, mempunyai deria penglihatan yang baik dan tiada kecacatan fizikal
  • Tidak mempunyai apa-apa rekod jenayah

Kelayakan minimum akademik bagi jawatan Konstabel (Unit Khas) adalah seperti berikut:

  • Diploma dalam bidang Elektrik / Elektronik / Mekanikal / Sains / Kejuruteraan / Teknologi Maklumat dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) sekurang-kurangnya 3.00; dan
  • Kelayakan minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh kredit dalam lima (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia, Matematik dan Bahasa Inggeris.

Kelayakan minimum bagi jawatan Konstabel:

  • Kelayakan minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh kredit dalam lima (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia, dan lulus Bahasa Inggeris.

UKURAN BADAN DAN CIRI FIZIKAL

Calon mestilah mempunyai ukuran badan dan ciri fizikal seperti yang berikut:

  • Ketinggian Minimum (tidak berkasut): 165 cm (Lelaki) & 163 cm (Wanita)
  • Berat Badan Minimum: 50 kg (Lelaki) & 48 kg (Wanita)
  • Ukuran Dada (Lelaki): Sekurang-kurangnya 81 cm (biasa) dan 86 cm (semasa menarik nafas) –
  • Indeks Jisim Badan (Body Mass Index – BMI): Antara 19 hingga 26
  • Penglihatan: Lulus ujian bagi mata kiri dan kanan (diuji secara berasingan) dengan ketepaatan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau kanta lekap (contact lens) dan tidak buta warna.

MANFAAT DAN KEMUDAHAN

Berikut adalah antara manfaat dan kemudahan yang diperoleh:

  • Pakej gaji dan manfaat elaun yang kompetitif
  • Kemudahan pinjaman perumahan dan kenderaan
  • Kemudahan rawatan perubatan
  • Kemudahan rawatan pergigian
  • Perlindungan insurans nyawa dan kemalangan
  • Peluang untuk melanjutkan pelajaran dan memajukan kerjaya
  • Peluang untuk mendapatkan pengalaman dan pengetahuan yang luas dengan Pelan Pusingan Kerja (Job Rotation) di Pejabat-pejabat Bank Negara Malaysia di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak
Nota: Pihak Bank Negara Malaysia berhak untuk membuat sebarang pindaan, perubahan atau pembatalan tanpa sebarang pemberitahuan.

CARA MEMOHON

Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan dan berminat dengan jawatan yang ditawarkan di BNM, anda boleh buat permohonan sehingga 23 April 2021. Permohonan boleh dibuat secara online di pautan berikut:

Bank Negara Malaysia memproses maklumat peribadi di dalam borang permohonan ini mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Dengan melengkapkan borang permohonan ini, anda dengan ini bersetuju dengan pengumpulan dan pendedahan data peribadi anda untuk digunakan oleh pihak Bank Negara Malaysia untuk tujuan pengambilan.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh terus email ke alamat recruit@bnm.gov.my.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.