Kerja 6 Hari Seminggu Masih Normal? Ini Cara Jawab Soalan Temuduga Yang Ramai Calon Tersalah Jawab •Waktu Terbaik Mohon Kerja Tahun 2026: Ramai Tak Sedar Timing Resume Boleh Pengaruhi Peluang Dipanggil Interview •Resume Bahasa Inggeris Kini Jadi Keperluan? Ini Waktu Terbaik Hantar Resume Untuk Mohon Kerja Tahun 2026 •Suka Kucing? Ini Cara Jadikan Minat Anda Sebagai Kerjaya Dan Sumber Pendapatan Di Malaysia •Jumpa IC Orang Jangan Terus Upload Di Facebook, Ini Risiko Yang Ramai Tak Sedar • Kerja 6 Hari Seminggu Masih Normal? Ini Cara Jawab Soalan Temuduga Yang Ramai Calon Tersalah Jawab •Waktu Terbaik Mohon Kerja Tahun 2026: Ramai Tak Sedar Timing Resume Boleh Pengaruhi Peluang Dipanggil Interview •Resume Bahasa Inggeris Kini Jadi Keperluan? Ini Waktu Terbaik Hantar Resume Untuk Mohon Kerja Tahun 2026 •Suka Kucing? Ini Cara Jadikan Minat Anda Sebagai Kerjaya Dan Sumber Pendapatan Di Malaysia •Jumpa IC Orang Jangan Terus Upload Di Facebook, Ini Risiko Yang Ramai Tak Sedar •

Permohonan Bantuan Kewangan Orang Kurang Upaya (BKOKU)/ Program Pendidikan Khas Secara Manual

Oleh Cikgu Shaari • January 24, 2023 • 3 min baca

Permohonan Bantuan Kewangan Orang Kurang Upaya (BKOKU)/ Program Pendidikan Khas Secara Manual
Visual Archive // 2023
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Untuk makluman, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) ini sedang melaksanakan kerja-kerja penambahbaikan sistem secara berfasa termasuk Sistem BKOKU dari 6 Januari 2023 sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Sehubungan itu, peromohonan Bantuan Kewangan Orang Kurang Upaya (BKOKU) / Program Pendidikan Khas (PPK) boleh dibuat secara manual dan borang permohonan boleh didapatkan di perkongsian ini.

Ikuti perkongsian di bawah untuk dapatkan borang permohonan manual BKOKU/ PPK.

BANTUAN KEWANGAN OKU & PROGRAM PENDIDIKAN KHAS KPT

Bantuan Kewangan OKU dan Program Pendidikan Khas merupakan biasiswa atau keistimewaan yang diberikan kepada pelajar OKU dan ianya harus dibezakan dengan kemudahan-kemudahan lain yang turut diterima oleh pelajar bukan OKU.

Ini bermakna sekiranya seseorang pelajar OKU itu menerima biasiswa atau kemudahan lain yang juga turut dinikmati oleh pelajar bukan OKU, maka pelajar OKU tersebut adalah layak menerima biasiswa ini.

Menariknya, bantuan kewangan ini ini tidak mengambil kira taraf pendapatan keluarga OKU tersebut sebagai syarat kelayakan.

SKOP PEMBIAYAAN & PERINGKAT PENGAJIAN

Skop pembiayaan adalah tertumpu kepada institusi yang terletak dibawah pengurusan dan kawalan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) iaitu semua IPTA, IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti sahaja. Bagi peringkat pengajian, bantuan kewangan ini adalah tertakluk kepada tafsiran pengajian tinggi (tertiary) iaitu peringkat diploma dan ke atas sahaja.

Tempoh pembiayaan yang ditetapkan adalah seperti berikut iaitu:

  • Sijil- 2 Tahun untuk Kolej Komuniti dan Politeknik sahaja (had pembiayaan RM5,000 sehingga RM10,000).
  • Diploma- 3 Tahun (had pembiayaan RM5,000 sehingga RM15,000)
  • Sarjana Muda- 4 Tahun (had pembiayaan RM5,000 sehingga RM20,000)
  • Diploma Lepasan Ijazah- 2 Tahun (had pembiayaan RM5,000 sehingga RM10,000)
  • Sarjana- 2 Tahun (had pembiayaan RM5,000 sehingga RM10,000)
  • Ph.D- 4 Tahun (had pembiayaan RM5,000 sehingga RM20,000)

SYARAT PERMOHONAN

Tawaran bantuan adalah terbuka kepada pemohon yang berkelayakan seperti berikut:

  • Pelajar warganegara Malaysia.
  • Pelajar berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan telah mempunyai kad OKU.
  • Kursus yang diikuti hendaklah diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
  • Pelajar OKU yang menerima pinjaman pelajaran atau pembiayaan sendiri adalah layak menerima elemen wangsaku dan yuran pengajian. Penerima biasiswa pula layak mendapat wang saku sahaja.
  • Pelajar hendaklah sedang melanjutkan pengajian di mana-mana universiti awam atau IPTS (bawah seliaan KPT) atau Kolej Komuniti dan Politeknik.
  • Pelajar yang mengikuti kursus separuh masa atau pengajian jarak jauh layak menerima bantuan kewangan ini.
  • Pelajar OKU hendaklah bukan dalam tempoh cuti belajar bergaji (penuh/sebahagian).
  • Bagi pelajar yang ingin memohon perlanjutan tempoh pengajian adalah tidak layak mendapat bantuan dalam proses perlanjutan tersebut.

CARA MOHON BKOKU/ PPK

Untuk makluman, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) ini sedang melaksanakan kerja-kerja penambahbaikan sistem secara berfasa termasuk Sistem BKOKU dari 6 Januari 2023 sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Sehubungan itu, peromohonan Bantuan Kewangan Orang Kurang Upaya (BKOKU) / Program Pendidikan Khas (PPK) boleh dibuat secara manual dan borang permohonan boleh dimuat turun di bawah:

BORANG TUNTUTAN

BORANG PERMOHONAN

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.