Kerja 6 Hari Seminggu Masih Normal? Ini Cara Jawab Soalan Temuduga Yang Ramai Calon Tersalah Jawab •Waktu Terbaik Mohon Kerja Tahun 2026: Ramai Tak Sedar Timing Resume Boleh Pengaruhi Peluang Dipanggil Interview •Resume Bahasa Inggeris Kini Jadi Keperluan? Ini Waktu Terbaik Hantar Resume Untuk Mohon Kerja Tahun 2026 •Suka Kucing? Ini Cara Jadikan Minat Anda Sebagai Kerjaya Dan Sumber Pendapatan Di Malaysia •Jumpa IC Orang Jangan Terus Upload Di Facebook, Ini Risiko Yang Ramai Tak Sedar • Kerja 6 Hari Seminggu Masih Normal? Ini Cara Jawab Soalan Temuduga Yang Ramai Calon Tersalah Jawab •Waktu Terbaik Mohon Kerja Tahun 2026: Ramai Tak Sedar Timing Resume Boleh Pengaruhi Peluang Dipanggil Interview •Resume Bahasa Inggeris Kini Jadi Keperluan? Ini Waktu Terbaik Hantar Resume Untuk Mohon Kerja Tahun 2026 •Suka Kucing? Ini Cara Jadikan Minat Anda Sebagai Kerjaya Dan Sumber Pendapatan Di Malaysia •Jumpa IC Orang Jangan Terus Upload Di Facebook, Ini Risiko Yang Ramai Tak Sedar •

Buat Pengesahan Email Di Laman SPA9 Untuk Pastikan Permohonan SPA9 Terus Diproses, Ini Caranya

Oleh Cikgu Shaari • January 25, 2023 • 2 min baca

Buat Pengesahan Email Di Laman SPA9 Untuk Pastikan Permohonan SPA9 Terus Diproses, Ini Caranya
Visual Archive // 2023
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Perhatian! Pemohon SEMUA kategori yang buat permohonan kerja kerajaan di Sistem Pendaftaran Pekerja Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9) perlu buat pengesahan email bagi memastikan permohonan kerja anda terus diproses. Pengesahan email boleh dibuat dengan mudah melalui laman SPA9 dan semakan di email yang didaftarkan.

Kegagalan dalam membuat pengesahan alamat email boleh menyebabkan permohonan jawatan dalam SPA9 tidak dapat diproses ke dalam sistem utama SPA. Pastikan anda buat pengesahan segera ya!

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui panduan buat pengesahan email di laman SPA9.

KEGAGAGALAN BUAT PENGESAHAN EMAIL

Seperti dimaklumkan dalam laman SPA9, kegagalan calon membuat pengesahan alamat email akan menyebabkan:

  • Permohonan dalam SPA9 TIDAK DAPAT diproses ke dalam sistem utama SPA

Pengesahan makluman akaun diperlukan bagi membantu pihak pemohon dan juga pihak SPA dalam menguruskan keselamatan akaun pemohon.

CARA BUAT PENGESAHAN EMAIL DI LAMAN SPA9

Bagi yang buat pengesahan email di laman SPA9, pastikan anda buat pengesahan segera dengan ikut panduan berikut:

  1. Log masuk ke laman https://spa9.spa.gov.my/login menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.
  2. Di bahagian Alamat Emel dalam Maklumat Peribadi, klik Pengesahan Maklumat

  3. Jika masih tiada pengesahan dibuat, klik Hantar Kod Baru Ke Emel

  4. Emel pengesahan telah dihantar ke alamat email yang telah didaftarkan. Semak peti masuk email anda. Jika tiada di peti masuk, semak juga di bahagian “spam” atau “promotion”
  5. Masukkan PIN yang anda terima melalui emal dan klik SAHKAN

Siap! Pengesahan email anda telah berjaya dibuat. Jika terdapat sebarang masalah berkaitan pengesahan email di laman SPA9, anda boleh maklumkan masalah anda ke ePertanyaan SPA di laman http://aduan.spa.gov.my atau emel ke alamat spa9@spa.gov.my.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.