Permohonan Bantuan Kewangan Orang Kurang Upaya (BKOKU)/ Program Pendidikan Khas Secara Manual
Untuk makluman, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) ini sedang melaksanakan kerja-kerja penambahbaikan sistem secara berfasa termasuk Sistem BKOKU dari 6 Januari 2023 sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Sehubungan itu, peromohonan Bantuan Kewangan Orang Kurang Upaya (BKOKU) / Program Pendidikan Khas (PPK) boleh dibuat secara manual dan borang permohonan boleh didapatkan di perkongsian ini.
Ikuti perkongsian di bawah untuk dapatkan borang permohonan manual BKOKU/ PPK.
Isi Kandungan
BANTUAN KEWANGAN OKU & PROGRAM PENDIDIKAN KHAS KPT
Bantuan Kewangan OKU dan Program Pendidikan Khas merupakan biasiswa atau keistimewaan yang diberikan kepada pelajar OKU dan ianya harus dibezakan dengan kemudahan-kemudahan lain yang turut diterima oleh pelajar bukan OKU.
Ini bermakna sekiranya seseorang pelajar OKU itu menerima biasiswa atau kemudahan lain yang juga turut dinikmati oleh pelajar bukan OKU, maka pelajar OKU tersebut adalah layak menerima biasiswa ini.
Menariknya, bantuan kewangan ini ini tidak mengambil kira taraf pendapatan keluarga OKU tersebut sebagai syarat kelayakan.
SKOP PEMBIAYAAN & PERINGKAT PENGAJIAN
Skop pembiayaan adalah tertumpu kepada institusi yang terletak dibawah pengurusan dan kawalan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) iaitu semua IPTA, IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti sahaja. Bagi peringkat pengajian, bantuan kewangan ini adalah tertakluk kepada tafsiran pengajian tinggi (tertiary) iaitu peringkat diploma dan ke atas sahaja.
Tempoh pembiayaan yang ditetapkan adalah seperti berikut iaitu:
- Sijil- 2 Tahun untuk Kolej Komuniti dan Politeknik sahaja (had pembiayaan RM5,000 sehingga RM10,000).
- Diploma- 3 Tahun (had pembiayaan RM5,000 sehingga RM15,000)
- Sarjana Muda- 4 Tahun (had pembiayaan RM5,000 sehingga RM20,000)
- Diploma Lepasan Ijazah- 2 Tahun (had pembiayaan RM5,000 sehingga RM10,000)
- Sarjana- 2 Tahun (had pembiayaan RM5,000 sehingga RM10,000)
- Ph.D- 4 Tahun (had pembiayaan RM5,000 sehingga RM20,000)
SYARAT PERMOHONAN
Tawaran bantuan adalah terbuka kepada pemohon yang berkelayakan seperti berikut:
- Pelajar warganegara Malaysia.
- Pelajar berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan telah mempunyai kad OKU.
- Kursus yang diikuti hendaklah diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
- Pelajar OKU yang menerima pinjaman pelajaran atau pembiayaan sendiri adalah layak menerima elemen wangsaku dan yuran pengajian. Penerima biasiswa pula layak mendapat wang saku sahaja.
- Pelajar hendaklah sedang melanjutkan pengajian di mana-mana universiti awam atau IPTS (bawah seliaan KPT) atau Kolej Komuniti dan Politeknik.
- Pelajar yang mengikuti kursus separuh masa atau pengajian jarak jauh layak menerima bantuan kewangan ini.
- Pelajar OKU hendaklah bukan dalam tempoh cuti belajar bergaji (penuh/sebahagian).
- Bagi pelajar yang ingin memohon perlanjutan tempoh pengajian adalah tidak layak mendapat bantuan dalam proses perlanjutan tersebut.
CARA MOHON BKOKU/ PPK
Untuk makluman, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) ini sedang melaksanakan kerja-kerja penambahbaikan sistem secara berfasa termasuk Sistem BKOKU dari 6 Januari 2023 sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Sehubungan itu, peromohonan Bantuan Kewangan Orang Kurang Upaya (BKOKU) / Program Pendidikan Khas (PPK) boleh dibuat secara manual dan borang permohonan boleh dimuat turun di bawah: