Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul • Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul •

Panduan Buat Permohonan Penamaan Simpanan SSPN 

Oleh Cikgu Shaari • December 8, 2022 • 2 min baca

Panduan Buat Permohonan Penamaan Simpanan SSPN 
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Apabila anda membuat penamaan, anda memilih individu atau institusi untuk menerima dan mentadbir simpanan SSPN anda sekiranya anda meninggal dunia. Anda boleh buat perancangan awal dengan membuat penamaan anda bagi mengurangkan kesulitan dan juga untuk memastikan mereka mendapat jaminan kewangan selepas anda meninggal dunia.

Tahu tak Sijil Mati dan Surat Nikah tidak cukup untuk membolehkan seseorang keluarkan duit simpanan arwah? Seseorang tidak boleh keluarkan wang arwah sesukahati jika arwah tidak meletakkan penama. Hanya penama sahaja layak membuat pengeluaran.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut dan panduan buat permohonaan penamaan simpanan SSPN serta borang permohonan yang boleh dimuat turun.

TUJUAN UTAMA PENAMA

Tujuan penama adalah untuk:

  • memudahkan urusan pengeluaran simpanan Simpan SSPN oleh waris (penama) dan
  • tidak perlu kemukakan surat kuasa bagi membuktikan kelayakan untuk menuntut simpanan Simpan SSPN pendeposit

3 KAEDAH PERMOHONAN PENAMA SSPN

Berikut adalah 3 kaedah membuat permohonan penama SSPN dengan mudah:

  1. Permohonan penamaan boleh dibuat dengan mengisi borang penamaan di kaunter PTPTN atau memuat turun borang penamaan daripada Portal PTPTN
  2. Pendeposit hendaklah hadir ke kaunter dengan membawa bersama Kad Pengenalan untuk pengesahan. Permohonan melalui wakil atau secara pos adalah tidak dibenarkan
  3. Pendespoit hendaklah memastikan maklumat penama adalah yang terkini dan memaklumkan kepada PTPTN sekiranya ada perubahan

BORANG PERMOHONAN PENAMAAN SSPN

Borang permohonan penamaan boleh dimuat turun di bawah:

BORANG PERMOHONAN PENAMAAN SSPN

Baca juga: Cara Semak & Kemaskini Penama Akaun KWSP, Elakkan Risiko Pengeluaran Disekat

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.