Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Kawan Susah Nak Bayar Hutang? Anda Boleh Bawa Ke Mahkamah Tanpa Peguam

Oleh Cikgu Shaari • December 8, 2022 • 2 min baca

Kawan Susah Nak Bayar Hutang? Anda Boleh Bawa Ke Mahkamah Tanpa Peguam
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Lumrah manusia bila terdesak perlukan duit baru muncul di hadapan kita. Namun bila masa untuk membayar, terus lesap tanpa khabar. Ada juga yang marah balik apabila minta hutang dibayar. Ini contohnya.

Kawan Susah nak Bayar Hutang? Anda Boleh Bawa Ke Mahkamah Tanpa Peguam

Nak minta duit sendiri dipulangkan pun sudah macam mengemis. Bila tidak pulangkan dalam masa terdekat boleh dimaafkan lagi, tetapi bila dah bertahun dan asyik bagi alasan bila minta bayar hutang memang sudah tidak boleh dimaafkan.

Tahu tak sebenarnya anda boleh bawa ke mahkamah untuk kes begini?

BAWA KE MAHKAMAH JIKA KAWAN SUSAH BAYAR HUTANG

Ramai yang tidak tahu sebenarnya kita boleh bawa ke Mahkamah Sivil untuk menuntut supaya peminjam membayar hutang dalam tempoh 30 hari. Sebab itu adalah hak kita, kita kena tuntut.

Tidak perlu peguam pun untuk menuntut hutang daripada mereka. Ini apa yang perlu anda lakukan:

  1. Pergi ke Mahkamah Sivil
  2. Maklumkan bahawa anda ingin membuka fail Tuntutan Kecil
  3. Buat bayaran RM20
  4. Berikan maklumat peminjam dan fakta pinjaman yang diberi (Pinjaman mesti bernilai RM5,000 ke bawah sahaja)

Kawan Susah nak Bayar Hutang? Anda Boleh Bawa Ke Mahkamah Tanpa Peguam

TINDAKAN KEPADA PEMINJAM

Selepas laporan dibuat, Mahkamah akan bagi surat panggilan untuk pendengaran depan hakim. Jika defendan mengaku salah meminjam tapi tidak bayar, mahkamah akan bagi arahan untuk defendan bayar segera dalam tempoh 30 hari.

Jika Masih Gagal Bayar Hutang?

Jika peminjam masih tidak bayar dalam tempoh yang diberi, pemberi pinjam hutang boleh buat tindakan mahkamah semula dan kali ini hukuman lebih berat iaitu peminjam kena bayar on the spot. Jika masih tidak selesaikan hutang, harta peminjam akan disita dan waran tangkap akan dikeluarkan untuk ditahan.

PERKARA LAIN YANG BOLEH DITUNTUT

Selain hutang, anda perkara-perkara lain yang boleh dituntut di bawah tuntutan kecil adalah seperti berikut:

  • Tuntutan barang
  • Upah sesuatu perkhidmatan yang tidak dibayar
  • Sewa menyewa
  • Tuntutan atas barangan yang rosak
  • Tuntutan persembahan yang tidak dilaksanakan

Semoga perkongsian ini dapat membantu dapat menuntut hak yang sepatutnya menjadi hak anda kembali. Namun anda dinasihatkan untuk berunding terlebih dahulu dengan peminjam sebelum membuat tindakan. Jika mereka betul-betul berkeras tidak mahu bayar walaupun anda tahu mereka ada duit, bolehlah bawa kes ke mahkamah.

Selamat mencuba!

Sumber

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.