Perlukah Sampai Basuh Sayur Yang Dibeli Dengan Sabun? Ini Cara Terbaik Urus Sayur Baru Beli

Sejak penularan wabak COVID-19 di negara terus meningkat, ramai yang menjadi takut untuk berhubung dengan dunia luar tidak kira orang atau pun barangan. Setiap kali keluar rumah, pasti hati merasa resah untuk mendekati orang di luar dan menyentuh barangan di pasaraya.

Mahu atau tidak, terpaksa juga menyentuh barang di pasaraya untuk membelinya. Maklumlah, anggapan semua orang yang banyak jenis virus mungkin terlekat di barangan tersebut.

Memang betul, kita kenalah sentiasa menjaga kebersihan pada saat-saat begini. Tetapi tidak perlulah sampai basuh, rendam sabun barang dapur yang dibeli.

Begitu juga dengan sayur-sayur yang baru dibeli di pasar dan sebagainya. Sebenarnya anda tak perlu basuh sayur baru dibeli atau rendam sayur tadi dalam air sabun.

Ini kerana menurut Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Pensyarah Perubatan Universiti Sultan Zainal Abidin, Dr Safiya Amaran, risiko jangkitan melalui barang adalah lebih rendah dibandingkan melalui manusia.

CARA BASUH SAYUR ATAU BUAH BARU DI BELI

Penggunaan air bersih yang mengalir meliputi seluruh permukaan sayur dan buat sudah memadai untuk menyingkirkan kotoran, bakteria dan juga virus.

Sekiranya anda ingin simpan sayur tersebut maka anda boleh masukkan kedalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti ais agar sayur lebih tahan lama.

KESAN BASUH SAYUR DENGAN SABUN

Anda perlu elakkan untuk membasuh sayur dan buah menggunakan sabun. Penggunaan sabun boleh menyebabkan keracunan makanan dan cirit birit kepada pengguna.

Sudah tentu anda tidak ini berlaku kepada anda dan juga keluarga. Tambahan pula dalam tempoh PKP yang kesemua pergerakan terbatas.

Basuh Sayur Dengan Sabun

BAGAIMANA PULA DENGAN BARANG DAPUR YANG LAIN?

Berikut merupakan cara yang betul untuk menguruskan barang yang dibeli selain sayur bagi mengelakkan jangkitan kuman melalui barangan luar di perkongsian bawah.

1 Jarakkan 1 Meter Daripada Orang Lain

Ketika keluar membeli barang di luar, risiko jangkitan adalah lebih tinggi kerana waktu itulah anda berjumpa dengan pelbagai jenis orang yang tidak kenal. Jadi, jarakkan antara satu sama lain sejauh 1 meter dan pastikan anda tidak berbual dan tidak menyentuh muka.

2 Terus Basuh Tangan Selepas Membeli

Anda mestilah basuh tangan sebaik sahaja selesai membeli belah atau memegang troli. Ini kerana troli di pasaraya biasanya dipegang oleh ramai orang. Tangan kita sendiri adalah lebih berpotensi untuk ada banyak kuman berbanding barang dapur.

3 Balik Terus Cuci Tangan

Selepas balik, terus cuci tangan anda. Setelah itu susun barang dapur anda di tempat sepatutnya dan basuh tangan anda sekali lagi. Sebelum dan selepas memasak pun kena basuh tangan untuk pastikan tangan anda sentiasa bersih selepas memegang barang dapur.

4 Tanggalkan Pakaian, Terus Mandi

Setelah anda pulang dari membeli barang, anda perlu terus tanggalkan  pakaian anda dan terus mandi dan bersihkan badan anda. Elakkan menyentuh keluarga anda sebelum mandi dan bersihkan tangan.

5 Basuh Barang Dapur Sebelum Dimasak

Tidak perlu pun sampai basuh dengan sabun barang dapur semata mata untuk nyahkuman. Tetapi mestilah dibasuh dengan air sebelum dimasak dan dimakan. Ada juga yang sarankan untuk rendam baranag dalam air garam.

6 Sanitise/Nyahkuman Bakul Atau Beg Kitar Semula

Apa yang anda perlu sanitise atau nyahkuman adalah bakul atau beg kitar semula yang anda gunakan untuk membeli barang tadi sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Selepas basuh alatan ini, basuh sekali lagi tangan anda dengan sabun.

Anda diingatkan lagi sekali untuk tidak membasuh barang dapur yang dibeli dengan sabun kerana ianya berisiko terhadap kesihatan anda sendiri. Sanitise barang dapur juga tidak sesuai dibuat kerana cecair bahan kimia yang ada dalam cecair sanitasi atau produk nyahkuman yang lain tidak sesuai untuk makanan. Sentiasa ingat untuk cuci tangan dan selamat beramal!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma