Perlu Ke Bawa Resume Sendiri Semasa Temuduga Kerajaan? Ini Penjelasannya
Tahniah sekiranya anda dipanggil untuk temuduga dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)! Bukan semua orang mampu ditawarkan untuk ke temuduga. Jadi pastikan anda buat yang terbaik untuk temuduga sebenar nanti.
Ada beberapa perkara yang calon sering terlepas pandang dan mungkin akan menyebabkan calon gagal hanya disebabkan hal-hal remeh ini. Antara salah satunya adalah tidak melengkapkan MyResume dan tidak cetak untuk dibawa ke temuduga. Pastikan anda rujuk Panduan Melengkapkan MyResume SPA Sebelum Temuduga.
Dah lengkapkan MyResume secara online, perlu ke bawa resume sendiri semasa hari temuduga sebenar nanti? Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui penjelasannya.
Isi Kandungan
PERLU KE BAWA RESUME SENDIRI SEMASA TEMUDUGA KERAJAAN?
Perlu ke bawa resume sendiri semasa hadir temuduga kerajaan? Jawapannya adalah YA, PERLU!
Jika anda mendapat email tawaran temuduga daripada pihak SPA, anda boleh semak balik senarai dokumen yang perlu dibawa. Dalam maklumat tersebut calon diminta untuk bawa bersama dokumen seperti berikut:
- Resume Bergambar
- Kad pengenalan
- Sijil kelahiran
- Sijil kewarganegaraan Malaysia atau bukti lain yang mengesahkan kerakyatan Malaysia seperti sijil kewarganegaraan ibu/bapa (jika berkenaan)
- Sijil SRP/PMR/PT3/SPM/SPM(V)/SVM/ SKM (Bukan slip peperiksaan)
- Sijil akademik lain seperti STPM/ STAM/ Sijil Matrikulasi KPM/ Sijil Politeknik/ sijil daripada institusi pendidikan berkaitan/ diploma institusi pendidikan berkaitan / diploma/ ijazah sarjana muda/ sarjana/ doktor falsafah (jika berkenaan)
- Sijil berhenti sekolah menengah
- Lesen memandu (jika ada)
- Sijil kegiatan luar; dan
- Sijil Pendaftaran OKU/ surat pengesahan menerima bantuan JKM (jika berkenaan)
Maksudnya anda perlu sediakan satu RESUME BERGAMBAR.
Sediakan satu resume yang lengkap dalam format yang cantik dan kemas. Ini adalah senjata kita yang terakhir yang boleh di bawa bersama sewaktu tempoh hari temuduga. Sijil yang tinggi membukit buat tapisan dan ‘hightlight’ sijil yang berkaitan dengan penjawatan.
Baca juga: SPA Kongsi Senarai Semak Dokumen Semasa Menghadiri Temuduga SPA Bagi Gred 11 & 19
LENGKAPKAN RESUME DI MYRESUME
Calon yang telah mendapat panggilan temuduga diingatkan untuk MELENGKAPKAN RESUME secara online melalui laman MyResume di pautan berikut:
MyResume boleh diakses dengan menggunakan ID dan kata laluan yang digunakan untuk mohon jawatan melalui SPA9. Kegagalan calon untuk mematuhi syarat wajib penyediaan dokumen serta mengemukakan maklumat palsu boleh MENJEJASKAN pertimbangan Suruhanjaya untuk urusan lantikan.