Semakan & Permohonan

Tawaran Program Management Trainee PERNAMA Terbuka Buat Graduan, Elaun RM2,400 Sebulan

January 30, 2023Oleh Cikgu Shaari2 min baca

Perwira Niaga Malaysia atau ringkasnya PERNAMA merupakan sebuah perbadanan milik penuh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). PERNAMA bertanggungjawab mengendalikan kompleks perniagaan , laman niaga serta kedai runcit di dalam Kem-Kem Angkatan Tentera seluruh Malaysia.

PERNAMA membuka peluang kepada semua graduan yang berkelayakan untuk menyertai program Pelatih Pengurusan (Manangement Trainee) bagi tahun 2023.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program ditawarkan dan panduan buat permohonan.

MAKLUMAT PROGRAM

  • Majikan: Perbadanan Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA)
  • Nama Program: Pelatih Pengurusan (Management Trainee) PERNAMA
  • Tarikh tutup permohonan: 28 Februari 2023

SYARAT KELAYAKAN

Tawaran adalah terbuka kepada pemohon yang berkelayakan seperti berikut:

  • Lulusan Ijazah Sarjana Muda (universiti awam/ swasta)
  • Bujang
  • Boleh bekerja di mana-mana lokasi seluruh negara
  • Warganegara Malaysia & tidak lebih dari 30 tahun (pada tarikh permohonan dibuat)
  • Mempunyai semangat dan keazaman yang tinggi untuk memajukan diri dalam pekerjaan
  • Memiliki lesen kenderaan (kereta/ motosikal/ kedua-dua sekali)

ELAUN & FAEDAH DISEDIAKAN

Antara elaun dan faedah disediakan kepada calon yang berjaya mendapat penempatan adalah:

  • Elaun bermula RM2,400/bulan
  • Elaun Bantuan Sara Hidup
  • Caruman KWSP & PERKESO
  • Kemudahan Perubatan
  • Cuti Tahunan

CARA MOHON

Calon yang berkelayakan dan berminat dengan program ditawarkan boleh buat permohonan dengan mengisi borang permohonan secara atas talian di pautan berikut:

Calon dikehendaki mengisi semua maklumat yang diperlukan. Permohonan yang tidak lengkap dianggap TIDAK BERJAYA. Pemohon yang tidak mendapat apa-apa jawapan SATU BULAN selepas tarikh tutup permohonan dianggap tidak berjaya

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan program ditawarkan, anda boleh hubungi Akademi Peruncitan PERNAMA di talian 03 3341 0572.

Topik artikel ini
Semakan & Permohonan
Ditulis oleh
Profil Penulis

Cikgu Shaari

Penulis Pendidikan & Kerjaya

Dikenali dengan gaya penulisan yang mudah difahami dan memberi inspirasi, Cikgu Shaari berkongsi pelbagai panduan pendidikan dan kerjaya di edubestari.com. Beliau percaya bahawa pendidikan adalah kunci utama kejayaan dan perubahan masa depan.

Lihat semua artikel
Edubestari Update Join Channel WhatsApp Info terus ke telefon anda