Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Perintah Kawalan Pergerakan Digazet, Hukuman 6 Bulan Penjara, Tambahan Sektor Penting

Oleh eduadmin • March 18, 2020 • 1 min baca

Perintah Kawalan Pergerakan Digazet, Hukuman 6 Bulan Penjara, Tambahan Sektor Penting
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara hari ini menyiarkan Warta Kerajaan Persekutuan Peraturan-Peraturan Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Warta itu memaklumkan mengenai peraturan-peraturan penting yang perlu dipatuhi sepanjang berlakunya Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin.

Peraturan-peraturan ini berkuat kuasa bagi tempoh mulai 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020.

Menurut warta tersebut, mereka yang melanggar mana-mana peruntukan dalam peraturan ini boleh disabitkan denda tidak melebihi RM1,000, atau penjara tidak lebih enam bulan, atau kedua-duanya.
Sebanyak 22 sektor perkhidmatan penting negara turut disenaraikan dalam perkhidmatan penting negara, memperlihatkan beberapa penambahan dalam senarai seperti hotel dan penginapan, hidupan liar dan e-dagang.

Terdahulu, sebelum warta ini dikeluarkan hari ini, Seksyen 11(4) Akta 342 dibaca bersama Seksyen 24(a) akta sama menegaskan, sesiapa yang melanggar garis panduan Perintah Kawalan Pergerakan boleh dipenjarakan selama dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Ini apa yang anda perlu tahu mengenai Peraturan-Peraturan Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Perintah Kawalan Pergerakan Digazet

Perintah Kawalan Pergerakan Digazet

Perintah Kawalan Pergerakan Digazet

Perintah Kawalan Pergerakan Digazet

Perintah Kawalan Pergerakan Digazet

SUMBER

Penulis

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.