Perbezaan Antara Ex-Gratia Terbitan Dengan Ex-Gratia Kematian Yang Ramai Penjawat Awam Tak Tahu

Sebagai penjawat awam, Jabatan Perkhidmatan Awam ada menyediakan pelbagai ganjaran dan khairat buat ibu/ bapa atau tanggungan penjawat awam yang meninggal dunia dalam tempoh perkhidmatan. Memang benar wang tidak dapat menggantikan kesedihan, namun ganjaran dan khairat yang diberikan ini adalah sebagai bantuan kepada waris untuk meneruskan kehidupan.

Antara ganjaran yang akan diterima adalah Ex-Gratia Terbitan dan Ex-Gratia Kematian. Ramai yang tak tahu sebenarnya banyak perbezaan antara kedua-dua ganjaran ini. Kedua-dua ini merupakan faedah terbitan yang dibayar secara sekaligus.

Ikuti perkongsian di bawa untuk ketahui lebih lanjut perbezaan antara Ex-Gratia Terbitan dan Ex-Gratia Kematian yang ramai keliru.

Baca juga: Penjawat Awam Bujang Meninggal Dunia: Ini Senarai Faedah Terbitan Yang Diterima Ibu Gemulah

EX-GRATIA TERBITAN VS EX-GRATIA KEMATIAN

Untuk maklumat anda, kedua-dua faedah ini merupakan faedah terbitan yang dibayar secara SEKALIGUS. Apa pun persamaan lain, kedua-dua faedah ini akan dibayar kepada waris bagi kes kematian yang berlaku semasa dalam perkhidmatan.

Yang membezakan kedua-dua faedah ini adalah:

  • Keadaan dan status gemulah semasa berlakunya kematian

Ex-Gratia Terbitan

Jika gemulah bujang dan ada mak ayah, mak atau bapa gemulah yang layak terima Ex-Gratia Terbitan. Ingat itu pun cukup. Ex Gratia Terbitan diberi, sebagai ‘menggantikan pencen terbitan’ yang tidak layak diterima secara bulanan oleh mak atau ayah kepada gemulah yang bujang.

Ex-gratia terbitan adalah pembayaran sekaligus kepada ibu atau sekiranya ibu telah meninggal dunia, bapa kepada anggota berpencen sektor awam yang meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan tanpa meninggalkan balu/duda atau anak.

Ex-Gratia Kematian

Manakala bagi Ex-Gratia Kematian, ia dibayar sekaligus, kepada ibu bapa dengan status gemulah yang bujang, ataupun gemulah ada pasangan dan anak-anak di bawah usia 21 tahun, ibu bapa pun ada syer.

Info lain yang penting tentang Ex-Gratia Kematian adalah, faedah ini diberikan sekiranya tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira bagi gemulah adalah kurang 20 tahun. Berkuatkuasa faedah Ex-Gratia Kematian ini adalah bagi kes kematian yang berlaku pada atau selepas 1.1.2020.

Ada julat kadar layak diterima yang ditetapkan berdasarkan tempoh perkhidmatan gemulah, kurang 20 tahun tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira. Kalau tempoh perkhidmatan gemulah adalah lebih 20 tahun, waris tidak layak terima Ex-Gratia Kematian.

Baca lanjut: Ex-Gratia Kematian: Faedah Sehingga RM150,000 Kepada Waris Penjawat Awam

Itulah perbezaan yang ketara antara Ex-Gratia Terbitan dan Ex-Gratia Kematian yang anda perlu tahun. Semoga bermanfaat!

Sumber

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma