Perbezaan Antara Agensi-agensi Kerajaan Yang Calon Temuduga SPA Kena Tahu

Calon-calon yang bakal hadapi temuduga kerajaan, sudah bersiap sedia belum? Jangan hanya bersedia sekadar dari segi pakaian dan teknik menjawab soalan, pengetahuan am juga calon wajib ambil tahu!

Antara info pengetahuan am yang setiap calon wajib tahu adalah perbezaan setiap agensi kerajaan. Mana tahu anda akan ditanya mengenai perkara ini nanti? Soalan pengetahuan am ini boleh dikatakan soalan yang wajib ditanya dalam temuduga kerja kerajaan. Penemuduga pasti akan pilih calon yang berpengatahuan sahaja tau!

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui perbezaan antara agensi-agensi kerajaan ini.

PERBEZAAN ANTARA AGENSI KERAJAAN

1 Kerajaan Persekutuan dan Negeri (Berpencen)

Kerajaan Persekutuan merujuk kepada kerajaan atau kerajaan negara iaitu pihak berkuasa yang berpusat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan eksekutif persekutuan yang berpusat di Putrajaya. Kerajaan Persekutuan Malaysia mematuhi dan dicipta oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia, undang-undang tertinggi di negara ini.

Kerajaan negeri pula merupakan pusat pentadbiran sesebuah negeri. Kerajaan ini lazimnya mempunyai kuasa yang agak terhad seperti kuasa yang menentukan undang-undang negeri, pendidikan, budaya dan sebagainya.

Contoh agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri adalah:

  • PDRM
  • ATM
  • Hospital Ampang
  • Jabatan Pendaftaran Negara
  • JPJ
  • Jabatan Pengairan dan Saliran
  • Kastam Diraja Malaysia
  • Pejabat Tanah dan Daerah
  • Jabatan Agama Islam Negeri dan sebagainya

2 Badan Berkanun (Berpencen)

Badan-badan berkanun adalah sebuah agensi separa kerajaan yang ditubuhkan di bawah peruntukan sesebuah Akta Parlimen atau Enakmen Dewan Undangan Negeri. Badan berkanun terlibat dalam pembangunan sosioekonomi dan melicinkan pentadbiran dengan mengurangkan birokrasi.

Contoh badan-badan berkanun adalah MARA, FAMA, SIRIM,  PPUM dan sebagainya.

3 Badan Bukan Berkanun

Badan-Badan Tidak Berkanun ialah Syarikat-Syarikat Kerajaan yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 (Akta 125). Fungsi Badan Tidak Berkanun adalah bagi menceburi bidang sosioekonomi yang tidak mampu diceburi oleh pihak swasta dan menjalankan kegiatan perniagaan untuk memperoleh keuntungan bagi kerajaan.

Contoh Badan Tidak Berkanun adalah seperti PETRONAS, HICOM, FIMA, PERNAS dan lain-lain.

4 Pihak Berkuasa Tempatan (Berpencen)

Berdasarkan Akta Kerajaan Tempatan 1976 Akta 171), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Kerajaan Tempatan ditafsirkan sebagai mana-mana Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran atau Majlis Daerah, mengikut mana-mana berkenaan, dan berhubungan dengan Wilayah Persekutuan ertinya Datuk Bandar Kuala Lumpur yang dilantik di bawah seksyen 4 Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 [Akta 190].

Semoga perkongsian ini dapat memberi pengetahuan yang lebih buat anda semua. Ingat, info ini boleh dikatakan ‘basic’ sahaja dalam Perkhidmatan Awam. Banyak lagi perkara yang anda perlu tahu sekiranya nak bekerja dalam sektor kerajaan.

Selamat maju jaya!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma