Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Kaunter KWSP Ditutup & Semua Temu Janji Online Dibatalkan Mulai 1 Jun 2021

Oleh Cikgu Shaari • May 31, 2021 • 2 min baca

Kaunter KWSP Ditutup & Semua Temu Janji Online Dibatalkan Mulai 1 Jun 2021
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Memandangkan kistuasi terkini penularan Covid-19 di Malaysia semakin kritikal dengan jumlah kes harian telah melebihi 9,000 dan kes aktif melebihi 70,000 kes, kerajaan telah mengambil keputusan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi  ataupun “total lockdown” di seluruh negara bagi tempoh 14 hari mulai 1 Jun 2021.

Sepanjang tempoh berikut, hanya sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu sahaja dibenarkan untuk beroperasi. Untuk makluman, SEMUA pejabat dan kaunter perkhidmatan KWSP juga akan ditutup sementara.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut penutupan kaunter KWSP sepanjang tempoh “total lockdown”.

TEMPOH PENUTUPAN

SEMUA pejabat dan kaunter perkhidmatan KWSP di seluruh negara akan ditutup sementara mulai:

  • 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021

TEMU JANJI ONLINE DIBATALKAN

Sepanjang tempoh penutupan berikut,

  • Semua Janji Temu Online (JTO) akan DIBATALKAN

Ahli diminta membuat janji temu semula setelah tempoh “total lockdown” tamat.

Baca: Cara Buat Janji Temu Online Untuk Urusan Di KWSP. Tak Perlu Beratur Panjang Lagi

MAKLUMAN PENTING

Berikut adalah beberapa makluman penting sepanjang tempoh penutupan yang anda perlu tahu:

  • Bagi penjelasan berkenaan kemudahan i-Sinar ahli boleh menghubungi hotline khas i-Sinar di 03 8922 4848
  • Perkhidmatan melalui i-Akaun (Ahli) dan i-Akaun (Majikan) masih beroperasi seperti biasa, tetapi tertakluk kepada perkhidmatan tertentu yang sedia ada sahaja
  • Pembayaran caruman boleh dibuat melalui kaunter ejen-ejen bank atau perbankan internet yang berdaftar dengan KWSP
  • Bagi Ahli yang menerima pembayaran secara Arahan bayaran, sila tunggu panggilan dari pihak KWSP untuk urusan pengambilan Arahan Bayaran di cawangan pilihan anda.

Ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03 8922 6000 atau merujuk saluran media sosial rasmi KWSP atau laman web KWSP di www.kwsp.gov.my untuk maklumat lanjut.

Sumber

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.