Nak Jadi Pro Dalam Social Media Marketing 2026? Ini Kemahiran Wajib Anda Kena Kuasai •Kereta Dihempap Pokok Tumbang? Ini Cara Buat Tuntutan Ganti Rugi Kepada PBT, JKR Atau Lebuhraya •Senarai Kerjaya Bidang Sukan Di Malaysia 2026: Pilihan Jawatan, Kemahiran & Tempat Mohon •SSPN Prime & SSPN Plus: Cara Buka Akaun, Kelebihan & Pelepasan Cukai Sehingga RM8,000 •Hadiah Hari Guru 2026: Tak Wajib, Ini Panduan Pilih Hadiah Bajet Rendah Yang Bermakna • Nak Jadi Pro Dalam Social Media Marketing 2026? Ini Kemahiran Wajib Anda Kena Kuasai •Kereta Dihempap Pokok Tumbang? Ini Cara Buat Tuntutan Ganti Rugi Kepada PBT, JKR Atau Lebuhraya •Senarai Kerjaya Bidang Sukan Di Malaysia 2026: Pilihan Jawatan, Kemahiran & Tempat Mohon •SSPN Prime & SSPN Plus: Cara Buka Akaun, Kelebihan & Pelepasan Cukai Sehingga RM8,000 •Hadiah Hari Guru 2026: Tak Wajib, Ini Panduan Pilih Hadiah Bajet Rendah Yang Bermakna •

Permohonan Bantuan Kit Makanan Kepada Keluarga B40 Yang Dikuarantin Kini Dibuka

Oleh Cikgu Shaari • May 31, 2021 • 1 min baca

Permohonan Bantuan Kit Makanan Kepada Keluarga B40 Yang Dikuarantin Kini Dibuka
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Mulai 26 Mei 2021, warganegara Malaysia yang menetap di Wilayah Persekutuan Labuan dan telah dikuarantin akibat Covid-19 boleh memohon Bantuan Kit Makanan yang disediakan oleh Perbadanan Labuan, iaitu agensi di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan.

Penularan wabak Covid-19 di negara kita yang kini semakin parah telah menyebabkan ramai orang terlibat dan perlu kuarantin diri. Bantuan Kit Makanan disediakan khas oleh Perbadanan Labuan bagi membantu golongan B40 yang mengalami kesusahan akibat perintah kuarantin.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan bantuan yang ditawarkan.

JENIS BANTUAN

Bantuan akan disalurkan melalui Bantuan Kit Makanan yang meliputi makanan asas seperti:

  • Beras
  • Minyak masak
  • Tepung
  • Gula
  • dan lain-lain lagi

SYARAT PERMOHONAN

Permohonan boleh dibuat sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Golongan B40
  • Terjejas akibat kuarantin (melampirkan borang Annex 14)
  • Permohonan daripada Ketua Isi Rumah (KIR)

CARA MOHON

Individu yang perlu dikuarantin boleh buat permohonan Bantuan Kit Makanan mulai 26 Mei 2021 dengan hubungi talian hotline berikut:

  • Tel: 087 408758
  • Masa: Jam 9 pagi hingga 4 petang

Pastikan anda buat panggilan dalam tempoh yang ditetapkan sahaja. Maklumkan kepada urusetia bertugas berkenaan permohonan Bantuan Kit Makanan dan berikan semua maklumat yang diminta. Pemohon yang layak akan menerima bantuan ini yang disalurkan terus ke rumah pemohon.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.