KKM Buka Pengambilan Penolong Pengurus Asrama, Mohon Dengan Minima STPM/ Diploma
Berita baik buat warganegara Malaysia yang sedang mencari penempatan kerja dan berminat nak kerja dengan Kerajaan! Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini membuka peluang kekosongan jawatan sebagai Penolong Pengurus Asrama untuk diisi di seluruh Malaysia.
Jangan lepaskan peluang ini, inilah peluang untuk anda yang berkelayakan mohon jawatan di KKM dalam bidang yang ditawarkan. Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui sistem permohonan jawatan yang disediakan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan buat permohonan.
Isi Kandungan
MAKLUMAT JAWATAN
- Majikan: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
- Nama jawatan: Penolong Pengurus Asrama N29
- Kekosongan: 1 kekosongan & 2 simpanan
- Tarikh tutup permohonan: 14 Ogos 2022
SYARAT KELAYAKAN
Tawaran adalah terbuka kepada calon yang berkelayakan seperti berikut:
- STPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
- STAM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
- Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia
- Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada IPT tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
CARA MOHON
Calon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan hendaklah memohon secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9).
Calon yang berminat perlu mendaftarkan/ mengemaskini permohonan bagi jawatan dan gred di atas sebelum atau pada tarikh tutup iklan. Calon dinasihatkan untuk memastikan pusat temuduga dikemaskini sebelum atau pada tarikh tutup iklan berdasarkan tempat berkhidmat semasa.
Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan sahaja akan diproses. Berikut adalah panduan buat permohonan:
Langkah 1
Log masuk ke laman spa9.spa.gov.my. Sekiranya anda masih belum mendaftar akaun sistem permohonan SPA9, baca:
- Dah Ada Akaun SPA8i, Ini Cara Daftar SPA9 & Dapatkan ID Baru Untuk Log Masuk
- Cara Daftar Akaun Baru SPA9 Bagi Yang Belum Pernah Daftar SPA8i Atau Akaun Tamat Tempoh
Langkah 2
Pergi ke bahagian Maklumat Pemohon dan klik Jawatan Dimohon
Langkah 3
Pilih kelayakan anda dan pilih jawatan berkaitan
*Maksimum jawatan yang boleh dimohon ada 15 sahaja.
Langkah 4
Jawatan yang dipilih akan ditambah di bahagian Jawatan Pilihan. Klik Seterusnya
Langkah 5
Senarai jawatan dimohon dan maklumat lengkap anda akan dipaparkan untuk pengesahan. Jika semua maklumat betul, klik Seterusnya.
Langkah 6
Baca perakuan pemohon seperti yang tertera dan tick pada kotak SETUJU jika anda setuju. Klik HANTAR.
Selamat memohon kepada yang layak. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan terus mewujudkan lebih banyak peluang perjatawan tetap dari semasa ke semasa.
Untuk maklumat lanjut iklan jawatan kosong KKM yang ditawarkan, anda boleh semak di laman https://www.spa.gov.my/