Penjelasan Lanjut Mengenai i-Sinar KWSP Yang Ramai Masih Keliru
Sebelum ini, menerusi pakej Prihatin dalam program i-Lestari kerajaan telah membenarkan pencarum mengeluarkan wang simpanan daripada Akaun 2 sebanyak RM500 sebulan selama 12 bulan meliputi jumlah keseluruhan sebanyak RM6000.
Dalam pembentangan Belanjawan 2021 pula, kerajaan telah mengumumkan permohonan pengeluaran dari Akaun 1 KWSP secara bersyarat. Sudah jelas bahawa pengeluaran Akaun 1 melalui i-Sinar adalah dibenarkan sehingga RM60,000 dengan pendahuluan awal sehingga RM10,000.
Namun masih ramai yang keliru dengan beberapa perkara berkaitan i-SInar ini. Bagi menghilangkan tanda tanya, anda boleh baca penjelasan lanjut bagi beberapa persoalan famous di bawah.
Isi Kandungan
PENJELASAN LANJUT ISU i-SINAR
“Bolehkah saya yang telah memohon pengeluaran i-Lestari memohon i-Sinar?”
Boleh sahaja, tiada masalah bagi pemohon i-Lestari untuk memohon i-Sinar. Kedua-dua kemudahan boleh berjalan serentak.
“Mengapakan tidak semua ahli layak untuk i-Sinar?”
Sebab i-Sinar ini memang kemudahan untuk ahli yang betul-betul layak dan terjejas pendapatan akibat pandemik Covid-19 sahaja.
“Mengapakan saya perlu mengekalkan simpanan minimum di dalam Akaun 1 sebanyak RM100?”
RM100 minimum di dalam Akaun 1 perlu ada untuk mengekalkan status sebagai Ahli KWSP. Jadi, boleh lah anda terus mendapat manfaat sebagai ahli KWSP.
“Bagaimana ahli boleh memohon i-Sinar?”
Anda boleh memohon mulai Disember 2020. Nantikan pengumuman lanjut daripada pihak KWSP nanti.
“Mengapakah amaun bayaran i-Sinar yang menggunakan Akaun 1 perlu diganti semula?”
Simpanan Akaun 1 adalah untuk persaraan supaya bila bersara nanti ada simpanan yang cukup. Jadi kena lah ganti balik. Bila dan kerja nanti, semua caruman terus ke Akaun 1 sampai semuanya cukup diganti. Selepas itu caruman akan kembali seperti biasa.
Untuk info lanjut penjelasan penggantian balik i-Sinar, anda boleh baca DI SINI.
Baca juga: Pengeluaran Pendahuluan Akaun 1 KWSP Dibenarkan Sebanyak RM4,000 ~ RM10,000
Semoga pencerahan ini dapat membantu menghilangkan tanda tanya anda. Sekiranya terdapat masalah atau ingin menujukan soalan, anda boleh terus ke kaunter KWSP berdekatan atau hantar borang pertanyaan melalui kwsp.gov.my.