Biasiswa Ulul Albab Yayasan UMPSA 2026 Dibuka: Peluang Emas Mahasiswa Cemerlang (Tarikh Tutup 8 Mei) •Kepentingan Matematik SPM: Subjek Penentu Masa Depan Pelajar Malaysia (Ramai Terlepas Pandang) •Ramai Tak Tahu! Ini Cara Mohon Bantuan Baik Pulih Rumah Kedah (Layak Boleh Baiki Rumah Percuma) •Bantuan Dialisis Negeri Sembilan 2026: RM2,800 Untuk Pesakit Buah Pinggang (Semak Syarat & Cara Mohon) •Baucar Kita Selangor 2026: Bantuan RM600 Untuk B40 & M40 (Semak Syarat, Cara Mohon & Tarikh Agihan) • Biasiswa Ulul Albab Yayasan UMPSA 2026 Dibuka: Peluang Emas Mahasiswa Cemerlang (Tarikh Tutup 8 Mei) •Kepentingan Matematik SPM: Subjek Penentu Masa Depan Pelajar Malaysia (Ramai Terlepas Pandang) •Ramai Tak Tahu! Ini Cara Mohon Bantuan Baik Pulih Rumah Kedah (Layak Boleh Baiki Rumah Percuma) •Bantuan Dialisis Negeri Sembilan 2026: RM2,800 Untuk Pesakit Buah Pinggang (Semak Syarat & Cara Mohon) •Baucar Kita Selangor 2026: Bantuan RM600 Untuk B40 & M40 (Semak Syarat, Cara Mohon & Tarikh Agihan) •

Pendahuluan i-Sinar KWSP Perlu Diganti Semula. Ini Penjelasan Yang Perlu Anda Tahu 

Oleh Cikgu Shaari • November 17, 2020 • 2 min baca

Pendahuluan i-Sinar KWSP Perlu Diganti Semula. Ini Penjelasan Yang Perlu Anda Tahu 
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan akses terhadap Akaun 1 untuk ahlinya yang terjejas dengan pendahuluan maksimum pertama antara RM4,000 hingga RM10,000.

Bagi Ahli yang mempunyai baki akaun 1 kurang daripada RM90,000 boleh membuat pengeluaran sehingga RM9000 dengan pendahuluan pertama RM4000. Ahli yang mempunyai baki lebih RM90,000 boleh membuat pengeluaran maksimum RM60,000 dengan pendahuluan sehingga RM10,000. Selanjutnya baca DI SINI.

Anda perlu tahu bahawa wang pendahuluan yang diterima melalui i-Sinar perlu diganti semula. Apakah maksud mengganti semula? Baca sedikit pencerahan di bawah.

“EPF macam bank bagi pinjam duit?”

Amaun yang didahulukan daripada Akaun 1 akan digantikan semula daripada caruman ahli di masa hadapan yang telah menggunakan kemudahan i-Sinar ini. Ini dilakukan dengan 100% caruman baharu akan dimasukkan terlebih dahulu ke Akaun 1.

“Keluarkan EPF sendiri pun kena bayar balik ke?”

Setelah jumlah amaun diganti semula, kadar pembahagian caruman akan kembali seperti biasa iaitu 70% (Akaun1) dan 30% (Akaun 2). Amaun penggantian semula ini akan hanya diterima daripada caruman Ahli di masa hadapan dan bukannya secara tunai daripada ahli yang menggunakan kemudahan i-Sinar.

“Kena ganti balik semua guna dari duit poket sendiri ke?”

Ahli perlu menggantikan semua pendahuluan i-Sinar apabila caruman baharu mula diterima oleh KWSP. Penggantian semula hanya melalui caruman anda sepanjang bekerja seperti biasa.

Penggantian semua wang pendahuluan ini adalah bagi memastikan Ahli sentiasa ada simpanan yang mencukupi untuk masa depan.

Bagi menentukan amaun yang diperlukan untuk permohonan di bawah i-Sinar dan memastikan kelangsungan hidup semasa krisis, ahli digalak mendapatkan nasihat kewangan melalui Pegawai Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) KWSP atau Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Sumber

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.