Kos Haji Dijangka Cecah Lebih RM25,000 Seorang. Ini Kos Yang Termasuk Dalam Kos Haji

Lembaga Tabung Haji (TH) menjangkakan kos untuk jemaah Muassasah menunaikan ibadat haji pada tahun ini (1443H/2022M) akan meningkat kepada lebih RM25,000 untuk seorang jemaah haji Muassasah susulan peningkatan berkaitan cukai dan caj perkhidmatan baharu yang dikenakan Kerajaan Arab Saudi.

Menurut Tabung Haji, kos haji adalah kos langsung yang dibayar bagi mendapatkan perkhidmatan untuk menunaikan ibadat haji seperti kos penerbangan dan penginapan yang merangkumi kira-kira 70% daripada kos keseluruhan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut mengenai kos haji dan faktor peningkatan kos haji.

PENINGKATAN KOS HAJI 2022 BERBANDING TAHUN 2019

Kos untuk mengerjakan haji bagi jemaah Muassasah pada Tahun 2019 ialah RM22,900. Peningkatan 12 peratus ini mengambil kira peningkatan Cukai Tambah Nilai yang telah dinaikkan daripada 5 peratus kepada 15 peratus dan beberapa caj perkhidmatan tambahan. Ini tidak mengambil kira pelbagai peningkatan kos dengan SOP baharu yang akan dilaksanakan pada tahun ini.

KOS HAJI

Kos Haji adalah semua bayaran bagi mendapatkan perkhidmatan dan kemudahan asas untuk seseorang ke Tanah Suci menunaikan haji yang terdiri dari beberapa komponen utama iaitu:

  • Penerbangan perlu balik carter haji
  • Penginapan di Makkah dan Madinah
  • Sajian makan setiap hari di Makkah dan Madinah
  • Perkhidmatan di Arab Saudi

Tabung Haji turut tanggung penuh kos tidak langsung RM60 juta setahun seperti:

  • Kursus persediaan haji
  • Penerbitan buku panduan
  • Perkhidmatan kesihatan dan perkhidmatan petugas haji

FAKTOR PENINGKATAN KOS HAJI

Antara faktor lain peningkatan kos haji adalah:

  • Inflasi di Arab Saudi
  • Pergerakan mata wang asing
  • Penambahbaikan perkhidmatan
  • Pembangunan di Makkah dan Madinah

TH menjangkakan kos ini akan terus meningkat pada masa hadapan. Namun, setakat ini TH masih meneruskan bantuan kewangan haji kepada semua jemaah Muassasah yang mengerjakan haji buat kali pertama.

Selain itu, TH telah mengekalkan kadar bayaran haji sebanyak RM9,980 sejak 13 tahun yang lalu walaupun kos untuk menunaikan haji telah meningkat setiap tahun.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma