Cara Mohon Jawatan Kosong Di LHDN Dengan Kelayakan Minima Diploma

Berminat nak bekerja di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)? Individu yang mempunyai kelayakan minima Diploma boleh mohon bagi jawatan yang kini ditawarkan! Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan berkelayakan adalah dipelawa untuk mohon jawatan seperti yang diiklankan.

Permohonan bagi individu yang berkelayakan boleh dibuat secara atas talian melalui sistem khas yang disediakan iaitu Portal Pencarian Kerja LHDNM selewat-lewatnya 20 April 2022. Jika berminat, pastikan anda hantar permohonan segera!

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan buat permohonan.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Nama majikan: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
  • Nama Jawatan: Penolong Eksekutif Hasil (Teknologi Maklumat)
  • Bidang Jawatan: Sains Komputer atau Teknologi Maklumat
  • Taraf jawatan: Kontrak
  • Gaji permulaan: RM2,198.00
  • Penempatan: Jabatan Teknologi Maklumat
  • Tarikh tutup permohonan: 20 April 2022

SYARAT KELAYAKAN

Permohonan adalah terbuka kepada calon yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Semua pemohon mestilah Warganegara Malaysia berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
  • Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Permohonan dobuka hanya untuk calon luar dan kontrak bergaji harian yang sedang berkhidmat di LHDNM sahaja
  • Memiliki Purata Nilai Gred Terkumpul CGPA sekurang-kurangnya 2.70 dan ke atas bagi Diploma berkenaan

Calon juga mestilah memenuhi syarat tambahan berikut:

  • Memiliki Diploma dalam bidang Sains Komputer atau Teknologi Maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan dari institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya

BIDANG TUGAS

Berikut adalah bidang tugas bagi jawatan yang ditawarkan:

  • Membantu melaksanakan kajian kemungkinan dan analisis keperluan pengguna serta membantu menyediakan sebarang reka bentuk sistem mengikut hasil analisis;
  • Membantu membangunkan sistem menggunakan perisian yang disediakan serta membantu menjalankan pengujian, latihan dan pelaksanaan produksi sistem dan
  • Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan.

Fungsi Program Bantuan Khas Kerajaan (BKK)

  • Membantu mengkaji spesifikasi skema pangkalan data;
  • Membantu merekabentuk pangkalan data berdasarkan DDS;
  • Membantu melaksanakan pengujian pangkalan data dengan sistem;
  • Membantu melaksanakan pengujian keupayaan pangkalan data;
  • Memastikan pangkalan data berfungsi dengan keupayaan yang optimum;
  • Memastikan proses pembersihan data agensi dan ETL berjaya dilaksanakan dan
  • Penyediaan dokumentasi bagi pembangunan pangkalan data.

CARA MEMOHON

Calon yang berminat dengan jawatan ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan boleh buat permohonan melalui sistem yang disediakan. Permohonan boleh dibuat sebelum 20 April 2022 melalui pautan berikut:

Permohonan daripada calon yang merupakan pegawai LHDNM bertaraf tetap dan kontrak bulanan yang hendaklah dibuat melalui sistem yang boleh dicapai melalui URL https://spi.hasil.gov.my/ 

Nama calon yang berjaya dipanggil menghadiri temu duga akan dimaklumkan di Portal Rasmi LHDNM (ruangan “Kerjaya”). Keputusan adalah muktamad.

Pemohon dinasihatkan sentiasa menyemak Portal Rasmi LHDNM untuk sebarang perkembangan terkini berhubung tawaran jawatan ini. Sekiranya memerlukan penjelasan lanjut, sila emelkan pertanyaan ke alamat: kerjaya@hasil.gov.my.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma