Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

UPSR Dimansuhkan, Ini Perincian Penilaian Untuk Murid Tahun 6

Oleh Cikgu Shaari • October 15, 2021 • 2 min baca

UPSR Dimansuhkan, Ini Perincian Penilaian Untuk Murid Tahun 6
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Pada April 2021 lalu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan pembatalan dan pemansuhan peperiksaan penting bagi tahun 2021 yang melibatkan peperiksaan PT3 dan UPSR. Peperiksaan PT3 tahun 2021 dibatalkan manakala UPSR telah dimansuhkan mulai mulai 2021 sehingga tahun berikutnya.

Tiada UPSR, bagaimana pula penilaian untuk murid tahun 6 selepas ini? Ibu bapa dan pelajar tahun 6 diminta ambil perhatian perincian penilaian yang digunakan untuk murid tahun 6.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut penilaian murid tahun 6 selepas UPSR dimansuhkan.

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

Selepas ini penilaian terhadap murid tahun 6 adalah melalui Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang mengandungi beberapa elemen pentaksiran, antaranya:

  • Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
  • Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum (PAJSK)
  • Pentaksiran Psikometrik (PPsi)

PENTAKSIRAN BILIK DARJAH

Melalui Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) anak-anak dinilai sepanjang tahun. Ia bukan bersifat peperiksaan. Anak-anak dinilai melalui :

Pemeriksaan

  • Sikap
  • Perlakuan/amalan
  • Amali
  • Kemahiran manipulatif
  • Kemahiran bersosial
  • Kemahiran belajar
  • Kemahiran mereka cipta

Lisan

  • Kefahaman konsep
  • Pengetahuan fakta
  • Kemahiran mendengar
  • Penggunaan bahasa yang tepat
  • Sebutan dalam berbahasa
  • Gaya persembahan
  • Pertuturan dan sikap

Kemahiran lisan boleh ditaksir melalui aktiviti seperti berikut:

  • Soal jawab
  • Bercerita Sains
  • Perbincangan
  •  Mendengar dan memberi respons secara lisan
  • Pembentangan

Bertulis

  • Pentaksiran secara bertulis murid seperti berikut:
  • Laporan projek/eksperimen kerja kursus/folio
  • Latihan bertulis
  • Ujian bertulis
  • Huraian atau tafsiran statistik, peta, jadual, graf atau carta

Projek

  • Pentaksiran projek (murid perlu menghasilkan satu hasil pembelajaran/ merekacipta/ menghasilkan produk)
  • Murid akan diberikan Tahap Penguasaan (TP 1 hingga TP 6) terhadap pentaksiran yang dijalankan.
  • Mudah fahamnya begini, murid yang menguasai kandungan pembelajaran (content knowledge) akan diberikan TP6 , manakala murid sederhana TP5 ,TP4 & TP3 murid yang kurang ataupun tidak menguasai diberikan TP2 dan TP1.
  • Pemahaman konsep Sains secara cemerlang & Cara untuk aplikasi konsep Sains dalam kehidupan seharian adalah tunjang utama untuk mendapatkan Tahap Penguasaan (TP) yang tinggi dalam PBD
  • Mansuh UPSR bukan bererti tak perlu belajar, sebaliknya perlu dilipat gandakan. Tingkatkan keupayaan murid dalam aspek penguasaan kandungan pembelajaran (content knowledge), pemahaman konsep yang cemerlang dan dapat mengaplikasikan konsep Sains dalam kehidupan seharian

Berkenaan PKSK & UKKM

PKSK – Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus dibawah KPM yang akan menilai murid untuk layak ke SBP, Maktab Tentera SMKA.

Komponen PKSK terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:

  • Kecerdasan Insaniah (EQ, SQ, SSQ)
  • Kecerdasan Intelek (MT, SN, Pengetahuan AM, KBAT)
  • Atikulasi Penulisan (Karangan Bertulis)

UKKM – Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM di bawah Mara untuk masuk ke MRSM di seluruh Malaysia

Komponen UKKM:

  • Matematik
  • Sains
  • Bahasa Inggeris
  • Keperibadian

Semoga penerangan ini dapat memberikan maklumat serta kefahaman kepada Ibu bapa.

Sumber

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.