Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

MARA Integrated Smart Auto: Tawaran Skim Kemudahan Pembiayaan MISA Sehingga RM1 Juta

Oleh Cikgu Shaari • October 15, 2021 • 2 min baca

MARA Integrated Smart Auto: Tawaran Skim Kemudahan Pembiayaan MISA Sehingga RM1 Juta
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Skim Kemudahan Pembiayaan MISA (MARA Integrated Smart Auto) disediakan khas bagi membantu usahawan dalam bidang automotif mengembangkan perusahaan sejak ia mula diperkenalkan pada 2013.

Ia juga ditawarkan khusus kepada usahawan automotif yang berhasrat untuk meningkatkan keupayaan aktiviti perniagaan melalui transformasi konsep perniagaan konvensional kepada yang berkonsepkan 3S merangkumi Sales, Services dan Spare Parts.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pembiayaan yang ditawarkan dan panduan buat permohonan.

MAKLUMAT PEMBIAYAAN

  • Nama Pembiayaan: Skim Kemudahan Pembiayaan MISA (MARA Integrated Smart Auto)
  • Had pembiayaan: RM1,000,000.00
  • Tempoh pembiayaan: 1 – 10 tahun @ 12 – 120 bulan
  • Kadar Keuntungan: 2% (Kadar Tetap)

TUJUAN PEMBIAYAAN MISA

Tujuan Skim Kemudahan Pembiayaan MISA (MARA Integrated Smart Auto) disediakan adalah untuk:

  • Menambah bilangan usahawan Bumiputera dalam bidang automotif yang menyediakan perkhidmatan 3S (Sales, Service & Spare-part)
  • Memberi peluang dan membantu usahawan untuk menaiktaraf standard bengkel sedia ada kepada yang berskala besar

SKOP PEMBIAYAAN

Pembiayaan ini membiayai:

  • Modal pusingan
  • Pembelian Mesin dan Peralatan
  • Ubah suai Premis/ Bengkel

SYARAT KELAYAKAN

Antara syarat asas yang  perlu dipenuhi adalah:

  • Warganegara dan Bumiputera
  • Berumur 20-60 tahun
  • Berpengalaman / berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi
  • Mempunyai Daftar Perniagaan yang sah (SSM)
  • Mempunyai premis perniagaan
  • Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  • Menjalankan perniagaan sepenuh masa
  • Perniagaan patuh Syariah
  • Bebas dari senarai hitam MARA
  • Sumbangan modal sendiri tidak kurang 10% daripada kos projek

Berikut adalah syarat-syarat khusus permohonan:

  • Mempunyai pengalaman teknikal sekurang-kurangnya tiga (3) tahun dalam bidang automotif dan telah mempunyai bengkel serta ingin mengembangkan dan mempelbagaikan perkhidmatan perniagaan automotif mereka dengan strategi conversion
  • Mempunyai Penyata Kewangan Beraudit untuk Tempoh tiga (3) tahun terkini.

CARA MOHON

Usahawan yang berminat dengan pembiayaan yang ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan, anda boleh buat permohonan secara online di pautan berikut:

PERMOHONAN MARA INTEGRATED SMART AUTO (MISA)

Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke laman www.mara.gov.my.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.