UKF & Temu Duga PISMP 2026: Tarikh, Persediaan Lengkap & Tips Lulus (Ramai Terlepas Pandang) •Perlu Ke Sahkan Salinan Sijil? Ini Jawapan & Siapa Yang Layak Sahkan (Update 2026) •Tingkatan 6 Kampus UKM & USM 2026: Tak Jejaskan UPU, Matrikulasi Atau IPG (Ramai Masih Salah Faham) •Semakan keputusan e-UKCG PISMP 2026 Dibuka 29 April: Cara Semak & Apa Perlu Buat Seterusnya •Cara Mohon SIP PERKESO 2026 (EIS): Bantuan Kewangan Jika Hilang Kerja & Peluang Kerja Baharu • UKF & Temu Duga PISMP 2026: Tarikh, Persediaan Lengkap & Tips Lulus (Ramai Terlepas Pandang) •Perlu Ke Sahkan Salinan Sijil? Ini Jawapan & Siapa Yang Layak Sahkan (Update 2026) •Tingkatan 6 Kampus UKM & USM 2026: Tak Jejaskan UPU, Matrikulasi Atau IPG (Ramai Masih Salah Faham) •Semakan keputusan e-UKCG PISMP 2026 Dibuka 29 April: Cara Semak & Apa Perlu Buat Seterusnya •Cara Mohon SIP PERKESO 2026 (EIS): Bantuan Kewangan Jika Hilang Kerja & Peluang Kerja Baharu •

Kadar Tol AKLEH, GCE, LKSA & SILK Terkini Selepas Pengurangan Kadar Tol Sehingga 15%

Oleh Cikgu Shaari • October 20, 2022 • 2 min baca

Kadar Tol AKLEH, GCE, LKSA & SILK Terkini Selepas Pengurangan Kadar Tol Sehingga 15%
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri minggu lalu, bermula jam 12.01 tengah malam, 20 Oktober 2022, empat lebuh raya kendalian PROLINTAS akan melaksanakan kadar tol yang baharu dengan anggaran pengurangan sehingga 15% untuk beberapa Kelas Kenderaan.

Prolintas memaklumkan, pengurangan kadar tol itu membabitkan kenderaan kelas satu, kelas empat dan kelas lima.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pengurangan kadar tol dan kadar tol terkini.

SENARAI LEBUHRAYA TERLIBAT

Berikut adalah senarai lebuhraya terlibat bagi pengurangan kadar tol seperti dimaklumkan:

  • Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH)
  • Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE)
  • Lebuhraya Kemuning – Shah Alam (LKSA)
  • Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (SILK)

KADAR PENGURANGAN DIBERIKAN

Seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri minggu lalu, bermula jam 12.01 tengah malam, 20 Oktober 2022, empat lebuh raya kendalian PROLINTAS akan melaksanakan kadar tol yang baharu dengan anggaran pengurangan sebanyak:

  • 8% sehingga 15%

KELAS KENDERAAN YANG LAYAK

Prolintas memaklumkan, pengurangan kadar tol itu membabitkan kenderaan:

  • kelas satu (kenderaan yang mempunyai dua gandar contohnya kereta penumpang dan tiga atau empat roda, kecuali teksi dan bas)
  • kelas empat  (teksi)
  • kelas lima (bas)

Bagi kenderaan kelas dua (kenderaan yang mempunyai dua gandar dan lima atau enam roda, kecuali bas) dan kelas tiga (kenderaan yang mempunyai tiga gandar atau lebih, kecuali bas), kadar tol adalah tidak berubah.

KADAR TOL TERKINI SELEPAS PENGURANGAN

Prolintas komited untuk menyediakan perkhidmatan lebuh raya yang terbaik pada setiap masa termasuklah dari aspek operasi dan penyelenggaraan lebuh raya sehinggalah pengalaman perjalanan semua pelanggan di semua lebuh raya kendalian kami.

Pihak syarikat juga akan terus menyokong usaha-usaha kerajaan yang boleh memberi manfaat dan impak positif kepada rakyat.

Tambahnya, penurunan kadar tol ini menandakan keprihatinan kerajaan terhadap masalah rakyat yang berhadapan dengan masalah kenaikan kos sara hidup.

Sumber

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.