PM Umum 18 & 19 November Cuti Am Buat Pekerja Seluruh Negara

Berita baik buat rakyat Malaysia! Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob pada 15 November telah mengumumkan 18 dan 19 November (Jumaat dan Sabtu)  ini sebagai cuti umum bagi memudahkan urusan keluarga Malaysia pergi melaksanakan tugas mengundi pada Pilihan Raya Ke-15 akan datang, iaitu pada 19 November 2022.

Pelepasan am ini diberikan berikutan Perdana Menteri tidak mahu seorang pun terbatas untuk pulang mengundi. Bagi yang perlu pulang mengundi di kampung halaman, anda boleh pulang awal berikutan hari kelepasan am yang diberikan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pelepasan am yang diberikan sempena hari mengundi.

CUTI AM SEMPENA MENGUNDI

Bagi memudahkan Keluar Malaysia menunaikan tanggungjawab masing-masing untuk mengundi pada PRU-15, Perdana Menteri telah mengumumkan hari kelepasan am pada:

  • 18 & 19 November 2022 (Jumaat dan Sabtu)

Pengumuman hari kelepasan am dua hari itu dibuat berikutan ada kemungkinan syarikat swasta beroperasi pada Sabtu.

TAWARAN TOL PERCUMA

Selain daripada pengumuman pelepasan am tersebut, Perdana Menteri juga telah mengumumkan tol percuma yang akan bermula pada:

  • dari 12.01 pagi 18 November (Jumaat) hingga 11.59 malam Sabtu, 19 November 2022

Pemberian tol percuma ini melibatkan semua kenderaan jenis persendirian Kelas 1 saja yang akan dianggarkan sekitar 90% daripada jumlah keseluruhan kenderaan di lebih raya.

Tawaran itu melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM34.5 juta yang akan ditanggung sepenuhnya oleh 30 syarikat konsesi lebuh raya menerusi tanggungjawab sosial korporat (CSR).

PEMBERIAN GAJI AWAL

Dalam pada itu, katanya, gaji penjawat awam bagi bulan ini akan dibayar lebih awal pada 17 Nov, manakala bayaran pencen untuk pesara diawalkan ke hari ini untuk meringankan beban penjawat awam yang ingin pulang ke kampung mengundi.

Apa yang diumumkan ini tidak meliputi kakitangan swasta, hanya untuk penjawat awam.

Tapi PM menggalakkan dan meminta swasta ambil contoh apa yang dilaksanakan kerajaan supaya membayar gaji awal kepada pekerja mereka, ia boleh membantu pekerja swasta untuk kurangkan bebanan dan keluar mengundi.

Sumber

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma