Persediaan Pengundi Sebelum Hari Pilihan Raya & Larangan Semasa Mengundi

Teka teki mengenai tarikh Pilihan Raya Umur ke-16 (PRU15) akhirnya terjawab! Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengadakan mesyuarat khas pada jam 10,05 pagi Khamis menetapkan bahawa PRU15 akan diadakan pada 19 November 2022 dan jatuh hari Sabtu.

Bagi yang pertama kali pergi mengundi, pastikan anda ambil tahu panduan menanda kertas undi dengan betul untuk pastikan undi anda TIDAK ROSAK. Bukan itu sahaja, pastikan anda ambil tahu juga perkara yang perlu dilakukan sebelum dan pada hari mengundi nanti!

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui perkara yang perlu dilakukan sebelum dan pada hari mengundi serta perkara yang tidak boleh dilakukan semasa hari mengundi nanti.

PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN

Berikut adalah perkara yang perlu dilakukan sebelum dan pada hari mengundi:

Sebelum Hari Mengundi

  • Kaji calon dan parti bertanding di kawasan anda
    – Kenali calon
    – Selidik latar belakang, pencapaian dan isu diutarakan
    – Buat pilihan berasaskan fakta & undi calon yang pertahankan isu yang anda anggap penting
  • Pastikan anda semak di MySPR Semak:
    – Daftar pemilih
    – Pusat mengundi
    – Saluran mengundi

Hari Mengundi

  • Pastikan anda bawa salah satu dokumen berikut:
    – Kad Pengenalan
    – Pasport
    – Lesen memandu
    – Dokumen pengenalan sementara
    – Resit laopran kehilangan kad pengenalan (disahkan JPN)
  • Pastikan tangan bersih dan tidak bertanda
    – Tanpa hias kuku seperti cat kuku
    – Kerani pusat undi akan sapu dakwat kekal pada jari telinjuk kiri
    – Cat kuku/ hias boleh sebabkan penyapuan dakwat kekal lebih sukar

PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN

Berikut adalah perkara yang tidak boleh dilakukan semasa hari mengundi:

  • Pakai pakaian bertanda parti politik
    – Pemakaian baju bertanda parti boleh dianggap berkempen di luar tempoh kempen
    – Jika didapati bersalah, hukuman penjara 1 tahun, denda bernilai RM5,000 atau kedua-duanya sekali
  • Guna telefon bimbit
    – Serah telefon bimbit pada Ketua Tempat Mengundi
    – Jangan ambil gambar/ video kertaas undi/ bertanda
  • Bawa kerta undi keluar pusat mengundi
    – Kertas undi perlu dimasukkan ke dalam kotak undi
    – Jika bawa keluar dari pusat mengundi, boleh disabitkan hukuman penjara 2 tahun, kompaun RM5000 atau kedua-duanya sekali

Semoga bermanfaat!

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma