MyKad Baharu Tidak Jejaskan Bantuan Kerajaan. Ini Penjelasan Rasmi JPN Yang Ramai Masih Keliru •Biasiswa Penuh Perguruan 2026 Dibuka Untuk Lepasan SPM, STPM & STAM. Siap Peluang Kerjaya Guru Agama •Jawatan Kosong SPA 2026: Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N1 Dibuka Untuk Lepasan SPM •Ramai Ibu Bapa Tak Tahu! Ini Garis Panduan JPN Tentang Nama Anak Yang Boleh Ditolak •Ada Degree Tapi Mohon Jawatan SPM? Ini Cara Betul Elak Dilabel “Overqualified” Oleh Majikan • MyKad Baharu Tidak Jejaskan Bantuan Kerajaan. Ini Penjelasan Rasmi JPN Yang Ramai Masih Keliru •Biasiswa Penuh Perguruan 2026 Dibuka Untuk Lepasan SPM, STPM & STAM. Siap Peluang Kerjaya Guru Agama •Jawatan Kosong SPA 2026: Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N1 Dibuka Untuk Lepasan SPM •Ramai Ibu Bapa Tak Tahu! Ini Garis Panduan JPN Tentang Nama Anak Yang Boleh Ditolak •Ada Degree Tapi Mohon Jawatan SPM? Ini Cara Betul Elak Dilabel “Overqualified” Oleh Majikan •

3 Pampasan Percuma Buat Pengguna LRT Laluan Kelana Jaya

Oleh Cikgu Shaari • November 14, 2022 • 2 min baca

3 Pampasan Percuma Buat Pengguna LRT Laluan Kelana Jaya
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Sebelum ini, Prasarana mengumumkan operasi di 16 stesen LRT dari Kelana Jaya hingga Ampang Park digantung bermula 9 hingga 15 November susulan perkhidmatan yang didapati tidak stabil

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) hari ini memperincikan pampasan tiket selama tujuh hari kepada pengguna perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya yang terjejas, susulan penggantungan operasi di 16 stesen LRT dari Kelana Jaya hingga Ampang Park.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui senarai pampasan yang diberikan kepada pengguna LRT laluan Kelana Jaya.

3 PAMPASAN KEPADA PENGGUNA LRT LALUAN KELANA JAYA

Pengguna My50

Bagi pengguna My50, mereka akan diberikan tambahan perjalanan percuma selama tujuh hari apabila memperbaharui pas selepas tamat tempoh.

Pembaharuan pas boleh dilakukan bermula 21 November hingga 20 Disember ini di pejabat khidmat pelanggan di:

  • stesen LRT,
  • Transit Aliran Massa (MRT),
  • Monorel dan
  • Transit Aliran Bas (BRT) dan

Pegawai khidmat pelanggan akan membuat pengesahan.

Bagi pelanggan pas My50 yang tamat tempoh di antara Isnin iaitu 14 November hingga Ahad 20 November 2022, boleh menggunakan pas seperti biasa tanpa sebarang caj dan pastikan mempunyai baki sekurang-kurangnya RM5.

Pengguna Kad Touch ‘n Go

Pengguna kad Touch ‘n Go yang menggunakan perkhidmatan laluan Kelana Jaya juga boleh menggunakan kad dengan baki minimum RM5 seperti biasa tanpa sebarang caj di antara Isnin (14 November) sehingga 20 November dengan syarat :

  • destinasi mula atau akhir adalah di mana-mana stesen laluan Kelana Jaya.

Pengguna Token

Tambang percuma juga turut diberikan kepada pengguna token yang menggunakan perkhidmatan laluan Kelana Jaya dari Isnin (14 November) sehingga 20 November dan pengguna perlu ke pejabat khidmat pelanggan di stesen LRT, MRT, Monorel dan BRT untuk mendapatkan token khas perjalanan sehala, dengan syarat:

  • destinasi mula atau akhir adalah di mana-mana stesen laluan Kelana Jaya.

Prasarana dan Rapid Rail sekali lagi memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia, yang terkesan akibat gangguan perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya. Segala usaha akan diambil bagi memastikan gangguan seumpama ini tidak akan berulang.

Sumber

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.