Contoh Ayat Lengkap Pengenalan Diri Semasa Temuduga Calon Guru KPM
Tahniah bagi calon yang telah melepasi Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG) bagi pengambilan khas guru KPM! Bila dah selangkah lebih maju untuk anda menjadi seorang guru, pastikan anda buat yang terbaik sehingga mencapai cita-cita yang dihajati.
Seperti yang dimaklumkan kepada semua calon, syarat menjadi seorang guru adalah lulus temuduga yang dijalankan mengikut format temuduga guru yang ditetapkan. Salah satu komponen utama untuk temuduga adalah pengenalan diri. Setiap calon akan diberi masa untuk perkenalkan diri semasa temuduga.
Bagi mengelakkan calon terlebih masa atau cerita terlalu panjang, pastikan anda buat persediaan jawapan dari sekarang! Nak tahu cara perkenalkan diri semasa temuduga?
Ikuti perkongsian di bawah.
Isi Kandungan
Isi Dalam Pengenalan Diri Temuduga Guru
Seperti yang calon temuduga sudah sedia maklum, antara komponen utama semasa temuduga nanti adalah pengenalan diri. Setiap calon temuduga diminta untuk perkenalkan diri. Jadi, ketahui beberapa perkara penting yang perlu anda sebutkan dalam pengenalan diri semasa temuduga nanti:
- Beri salam dan ucapan terima kasih atas peluang temuduga
- Ceritakan tentang latar belakang diri & keluarga
- Taraf pendidikan
- Pengalaman kerja yang berkaitan dengan guru & kerja sekarang
- Pengalaman & pencapaian di universiti
Contoh Ayat Pengenalan Diri Temuduga Guru
Berikut adalah contoh ayat pengenalan diri semasa temuduga jawatan guru yang boleh anda jadikan rujukan:
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada panel pada hari ini kerana sudi menemuduga saya bagi jawatan sebagai _____________.
Nama saya __________. Saya berumur ______ dan tinggal di ________ negeri ________. Saya merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda __________ di universiti __________ pada tahun ________ hingga tahun ____________.
Saya mempunyai ______ orang adik beradik dan saya merupakan anak yang ke ________. Ayah saya bekerja sebagai _________ manakala ibu saya bekerja sebagai ___________.
Sekarang saya bekerja sebagai __________ di ___________. Saya sudah bekerja di sini selama _________. Banyak ilmu dan pengalaman yang telah saya peroleh di tempat kerja saya seperti cara berkomunikasi dengan pelajar dan rakan guru. Saya juga pernah mengajar subjek berkaitan dengan ___________. Oleh itu, saya sememangnya sesuai dengan bidang guru yang ditawarkan pada hari ini.
Semasa di universiti, saya pernah menyertai ___________. Di samping itu, saya memegang jawatan sebagai _______ dan _________. Alhamdulillah saya ada pengalaman menjadi pemimpin juga. Dalam masa yang sama, saya juga boleh bergaul dengan rakan sekeliling dengan baik. Pencapaian tertinggi di universiti ialah _________ di peringkat ________. Insya-Allah dengan pengalaman yang saya ada, saya akan buat yang terbaik apabila menjawat jawatan sebagai guru pula nanti.
Contoh Lengkap Ayat Pengenalan Diri Temuduga Guru
Pengenalan diri yang baik bukan sahaja menonjolkan keperibadian dan pengalaman anda, tetapi juga mencerminkan semangat dan komitmen anda terhadap profesion keguruan. Berikut adalah contoh ayat pengenalan diri yang boleh calon bukan guru jadikan rujukan semasa temuduga:
“Selamat pagi dan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk menghadiri temuduga ini. Nama saya Nur Aisyah binti Mohamad, berumur 25 tahun dan berasal dari Kuala Lumpur. Saya merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua) dari Universiti Malaya dan telah menamatkan pengajian dengan Kepujian Kelas Pertama.
Walaupun saya belum mempunyai pengalaman rasmi sebagai guru, saya telah melibatkan diri secara aktif dalam pelbagai program pendidikan semasa di universiti dan selepas tamat pengajian. Sebagai contoh, saya telah menjadi sukarelawan dalam program pengajaran Bahasa Inggeris kepada pelajar sekolah rendah di kawasan luar bandar. Pengalaman ini telah memberi saya peluang untuk merancang dan melaksanakan pelajaran yang interaktif dan berkesan, serta mengasah kemahiran komunikasi dan pengurusan bilik darjah saya.
Saya amat bersemangat dalam bidang pendidikan kerana saya percaya bahawa setiap pelajar mempunyai potensi yang unik dan berhak mendapat peluang untuk mengembangkan potensi tersebut. Dalam semua pengalaman saya, saya sentiasa berusaha untuk mencipta persekitaran pembelajaran yang inklusif dan kondusif, di mana setiap pelajar merasa dihargai dan didorong untuk berusaha mencapai yang terbaik.
Selain itu, saya telah menghadiri beberapa kursus dan bengkel pendidikan untuk memperbaiki kemahiran saya, termasuk kursus mengenai penggunaan teknologi dalam pengajaran. Saya yakin bahawa teknologi boleh menjadi alat yang sangat berguna dalam memperkaya pengalaman pembelajaran dan meningkatkan penglibatan pelajar.
Selain daripada kemahiran mengajar, saya juga memiliki sifat penyabar, penyayang, dan tegas yang penting dalam mengendalikan bilik darjah. Saya percaya bahawa menjadi seorang guru bukan hanya tentang mengajar mata pelajaran, tetapi juga membimbing dan membentuk keperibadian pelajar untuk menjadi individu yang bertanggungjawab dan beretika.
Dengan latar belakang pendidikan dan pengalaman sukarela yang saya miliki, saya yakin dapat memberikan sumbangan yang positif kepada sekolah ini dan terus menginspirasi pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik dan kehidupan. Sekali lagi, terima kasih atas peluang ini dan saya berharap dapat menjadi sebahagian daripada pasukan pendidik yang berdedikasi di sini.”
Semakin banyak pengalaman yang anda ceritakan berkaitan dengan kerja sebagai seorang guru, lebih baik sebenarnya. Jadi, sekiranya anda ada pengalaman yang lebih, pastikan anda ceritakan semuanya.
Namun pastikan anda tidak cerita terlalu panjang sehingga melebihi masa yang sepatutnya. Setiap calon akan diberi masa untuk perkenalkan diri. Ceritakan yang penting dan berkaitan sahaja untuk menarik minat penemuduga. Tidak perlu masukkan latar belakang tentang keluarga sekiranya masa diberi untuk pengenalan diri singkat.
Semoga bermanfaat!
Sumber (Rujuk juga contoh pengenalan dalam Bahasa Arab)