Cara Buat Pengeluaran KWSP Untuk Membina Rumah

Membina sebuah rumah sememangnya satu pelaburan yang terbesar dan penting bagi setiap orang. Masalah kewangan adalah salah satu masalah besar seseorang memiliki kediaman sendiri.

Bagi membantu ahli membina rumah impian mereka, pihak KWSP membenarkan ahli membuat pengeluaran daripada Akaun 2 dengan tujuan pembiayaan pembinaan rumah.

Baca juga: 17 Jenis Pengeluaran KWSP Akaun 1 & 2 Tak Perlu Tunggu Umur Bersara

Jadi bagi anda yang berhasrat membina rumah sendiri tetapi bajet kurang anda bolehlah membuat permohonan sekarang!

Cara Buat Pengeluaran KWSP Untuk Membina Rumah

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai pengeluaran KWSP untuk pembinaan rumah beserta cara membuat pengeluaran.

SYARAT KELAYAKAN

Ahli perlulah penuhi syarat berikut untuk membuat pengeluaran pembinaan rumah:

  • Warganegara Malaysia & bukan warganegara
  • Umur di bawah 55 tahun
  • Mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2
  • Ahli/pasangan ahli membeli tanah dan membina sebuah rumah di atas tanah tersebut
  • Pinjaman yang diluluskan dari pemberi pinjaman yang dibenarkan ATAU pembiayaan sendiri
  • Tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan/ telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah tetapi telah menjualnya/ melupuskan pemilikan
  • Surat Perjanjian Membina Rumah tidak melebihi tiga (3) tahun dari tarikh permohonan diterima

Baca juga: Cara Semak Penyata KWSP Secara Online

KATEGORI PENGELUARAN

  1. Pengeluaran individu
  2. Pengeluaran bersama pasangan/ ahli keluarga

MAKLUMAT PENGELUARAN

Pinjaman Perumahan

Pengeluaran Individu:

  • Perbezaan di antara kos pembinaan rumah dengan pinjaman +10% daripada kos pembinaan; ATAU
  • Semua simpanan dalam Akaun 2 (mana yang lebih rendah)

Pengeluaran bersama pasangan/ ahli keluarga:

  • Perbezaan di antara kos pembinaan rumah dengan pinjaman + 10% daripada kos pembinaan; ATAU
  • Semua simpanan dalam Akaun 2 pemohon (mana yang lebih rendah)

Pembiayaan Sendiri/ Tunai

Pengeluaran individu:

  • Kos pembinaan + tambahan 10%; ATAU
  • Semua simpanan dalam Akaun 2 (mana yang lebih rendah)

Pengeluaran bersama pasangan/ ahli keluarga:

  • Kos pembinaan + tambahan 10%; ATAU
  • Semua simpanan dalam Akaun 2 pemohon (mana yang lebih rendah)

CARA PEMBAYARAN

Bayaran Dalam Negara

Bayaran penuh dalam Ringgit Malaysia (RM) akan dikredit ke dalam akaun anda (jika anda ada akaun aktif dengan bank panel KWSL dan nombor pengenalan sama dengan rekod bank).

Jika bayaran ke akaun anda gagal, anda akan diberi Cek Jurubank.

Bayaran Luar Negara

Bayaran penuh akan di buat melalui Draf Bank Asing di dalam mata wang pilihan anda (Jika mata wang pilihan anda terdapat di dalam senarai mata wang yang disahkan).

Bayaran penuh akan dibuat melalui Draf Bank Asing di dalam mata wang US Dolar (Jika mata wang pilihan anda tidak terdapat di dalam senarai yang disahkan)

CARA MEMOHON

Sediakan Dokumen

Berikut adalah dokumen yang anda perlukan semasa membuat permohonan:

  1. Borang KWSP 9C (AHL) dan senarai semak
  2. Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk penghantaran melalui pos/ pengesahan cop ibu jari gagal
  3. Salinan dokumen pengenalan bersama yang asal untuk tujuan pengesahan (untuk bukan pemegang MyKad sahaja)
  4. Buku bank atau salinan penyata akaun bank (bagi tujuan pengesahan)
  5. Perjanjian bina rumah (dengan ahli, pasangan atau nama bersama)
  6. Dokumen tambahan untuk rumah pertama atau kedua yang anda boleh semak DI SINI.

Hantar Permohonan

Selepas sediakan ke semua dokumen yang diperlukan, hantar permohonan anda ke cawangan KWSP terdekat yang boleh dicari DI SINI.

Ataupun anda boleh mel dokumen yang diperlukan ke KWSP yang beralamat di:

KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA
Karung Berkunci No. 220
Jalan Sultan
46720 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia

Untuk maklumat lanjut mengenai pengeluaran simpanan KWSP untuk tujuan pembinaan rumah, anda boleh rujuk di laman web KWSP.

Bolehkah pengeluaran KWSP dilakukan untuk membina rumah?

Bagi membantu ahli membina rumah impian mereka, pihak KWSP membenarkan ahli membuat pengeluaran daripada Akaun 2 dengan tujuan pembiayaan pembinaan rumah.

Apa syarat pengeluaran KWSP untuk membina rumah?

Mempunyai simpanan sekurangnya RM500 didalam akaun 2 KWSP

Kategori pengeluaran KWSP?

Pengeluaran Individu dan juga Pengeluaran Bersama

Bagaimana memohon pengeluaran KWSP untuk bina rumah?

Isi dokumen yang diperlukan dan buat permohonan di KWSP

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma