Polis Diraja Malaysia (PDRM) Buka Pengambilan 5,027 Konstabel Tahun Ini, Ini Cara Mohon

Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed memaklumkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengunjurkan pengambilan 5,027 terdiri daripada pelatih lelaki dan wanita untuk menyertai program latihan asas kepolisan konstabel di seluruh negara sepanjang tahun ini.

Menurut beliau, pengambilan ini akan dapat menampung kekosongan jawatan anggota dalam PDRM, susulan terdapat keperluan untuk menambah anggota wanita bagi mengendalikan kes jenayah berkaitan wanita dan kanak-kanak. Sepanjang tahun 2021, 4,752 lelaki dan 750 wanita telah berjaya menamatkan latihan asas kepolisan konstabel.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pengambilan konstabel sepanjang tahun 2022 dan cara buat permohonan bagi yang berminat.

PENGAMBILAN 5,027 KONSTABEL TAHUN 2022

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengunjurkan pengambilan 5,027 konstabel sepanjang tahun 2022, iaitu melibatkan:

  • 4,573 pelatih lelaki
  • 454 pelatih wanita

LATIHAN ASAS KEPOLISAN

Sepanjang menjalani latihan asas kepolisan konstabel wanita itu, kesemua 349 pelatih di Pulapol Dungun didedahkan dengan pelbagai modul seperti:

  • akademik
  • termasuk undang-undang dan syarahan liberal,
  • latihan luar seperti kawad,
  • latihan menembak
  • kursus menunggang motosikal berat,
  • modul prosedur kerja merangkumi:
    – balai pertanyaan,
    – sekatan jalan raya,
    – kawalan trafik serta
    – modul kerohanian agama Islam dan
    – pendidikan moral.

Ketika ini terdapat 3,112 pegawai kanan wanita, 12,287 anggota wanita biasa dan 977 anggota sokongan wanita dalam PDRM.

 

CARA MOHON JAWATAN KONSTABEL PDRM

Permohonan jawatan konstabel PDRM boleh dibuat apabila permohonan dibuka melalui laman permohonan yang disediakan dengan ikut langkah berikut:

  1. Layari laman web ePengambilan PDRM
  2. Untuk permohonan kali pertama, pemohon mestilah daftar akaun dengan membuat Pendaftaran Baru
    Permohonan Jawatan Konstabel Polis Gred YA1 PDRM Kini Dibuka Bagi Lepasan SPM / SVM
  3. Isi maklumat pendaftaran dengan lengkap dan pastikan alamat email yang digunakan adalah email yang aktif
  4. Setelah selesai pendaftaran, log masuk seperti biasa
  5. Buat permohonan jawatan yang ditawarkan

Rujuk: Syarat Kelayakan Jawatan Konstabel Polis PDRM

Untuk pernyataan lanjut mengenai penawaran jawatan, anda boleh terus ajukan ke Unit Pengambilan Polis Diraja Malaysia di Talian Help Desk 03 2266 8345 / 8350 / 8351.

MOHON SEKARANG

Sumber

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma