KKM Buka Pengambilan Pelbagai Jawatan Di Seluruh Negara. Ini Cara Mohon Secara Online
Berita baik buat warganegara Malaysia yang sedang mencari penempatan kerja dan berminat nak kerja dengan Kerajaan! Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini membuka peluang pelbagai kekosongan jawatan untuk diisi di seluruh Malaysia.
Jangan lepaskan peluang ini, inilah peluang untuk anda yang berkelayakan mohon jawatan di KKM dalam bidang yang ditawarkan. Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui sistem permohonan jawatan yang disediakan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan buat permohonan.
Isi Kandungan
SENARAI JAWATAN DITAWARKAN
Berikut adalah senarai jawatan di Kementerian Kesihatan Malaysia yang dibuka:
- Penolong Jurutera Gred JA29 (Elektrik)
- Penolong Jurutera Gred JA29 (Mekanikal)
- Penolong Pengurus Asrama Gred N29
- Penolong Pegawai Penyediaan Makanan Gred C29
- Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 (Rekod Perubatan)
- Penolong Pegawai Psikologi Gred S29
- Pegawai Optometri Gred U41
- Pegawai Psikologi Gred S41 (Klinikal)
- Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41
- Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U41 (Fisioterapi)
TEMPOH PERMOHONAN
Permohonan bagi pengambilan pelbagai jawatan oleh KKM ini boleh dibuat sepanjang tempoh berikut:
- Sehingga 14 Ogos 2022 (Ahad)
SYARAT LANTIKAN
Semakan syarat lantikan bagi setiap jawatan boleh dibuat di laman berikut:
CARA MOHON JAWATAN
Calon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan hendaklah memohon secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9).
Calon yang berminat perlu mendaftarkan/ mengemaskini permohonan bagi jawatan dan gred di atas sebelum atau pada tarikh tutup iklan. Calon dinasihatkan untuk memastikan pusat temuduga dikemaskini sebelum atau pada tarikh tutup iklan berdasarkan tempat berkhidmat semasa.
Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan sahaja akan diproses. Berikut adalah panduan buat permohonan:
Langkah 1
Log masuk ke laman spa9.spa.gov.my. Sekiranya anda masih belum mendaftar akaun sistem permohonan SPA9, baca:
- Dah Ada Akaun SPA8i, Ini Cara Daftar SPA9 & Dapatkan ID Baru Untuk Log Masuk
- Cara Daftar Akaun Baru SPA9 Bagi Yang Belum Pernah Daftar SPA8i Atau Akaun Tamat Tempoh
Langkah 2
Pergi ke bahagian Maklumat Pemohon dan klik Jawatan Dimohon
Langkah 3
Pilih kelayakan anda dan pilih jawatan berkaitan
*Maksimum jawatan yang boleh dimohon ada 15 sahaja.
Langkah 4
Jawatan yang dipilih akan ditambah di bahagian Jawatan Pilihan. Klik Seterusnya
Langkah 5
Senarai jawatan dimohon dan maklumat lengkap anda akan dipaparkan untuk pengesahan. Jika semua maklumat betul, klik Seterusnya.
Langkah 6
Baca perakuan pemohon seperti yang tertera dan tick pada kotak SETUJU jika anda setuju. Klik HANTAR.
Selamat memohon kepada yang layak. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan terus mewujudkan lebih banyak peluang perjatawan tetap dari semasa ke semasa.
Untuk maklumat lanjut iklan jawatan kosong KKM yang ditawarkan, anda boleh semak di laman https://www.spa.gov.my/