Cara Mohon Jawatan Sebagai Pengajar KKM Terbuka Buat Graduan
Berminat nak jadi salah seorang anggota Pengajar (Penolong Pegawai Perubatan) di Kementerian Kesihatan Malaysia?? Inilah peluang untuk anda mengisi kekosongan jawatan sebagai Pengajar Gred U41 yang ditawarkan oleh KKM melalui laman SPA.
Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dengan kelayakan minima Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang dinyatakan dipelawa untuk mohon jawatan yang ditawarkan. Permohonan boleh dibuat melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9).
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan buat permohonan jawatan melalui SPA9.
Isi Kandungan
MAKLUMAT JAWATAN
- Nama majikan: Kementerian Jawatan Malaysia
- Nama jawatan: Pengajar Gred U41 (Penolong Pegawai Perubatan)
- Jumlah kekosongan: Kekosongan 15 & Simpanan 30
- Tarikh tutup permohonan: 3 Januari 2022 (Isnin), jam 11.59 malam
SYARAT KELAYAKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- warganegara Malaysia;
- berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(ii) mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) tahun pengalaman dalam bidang berkaitan; dan
(iii) telah berdaftar dengan Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia
Calon mestilah mempunyai salah satu kelayakan dalam bidang seperti yang ditetapkan oleh jawatan berikut:
- Health Practice Development
- Health Science
- Health Studies (Medical Assistant)
- Kesihatan Masyarakat
- Pembantu Perubatan
- Sains Forensik
- Sains Kesihatan
- Sains Kesihatan (Penjagaan Pra Hospital/ Pre Hospital)
- Sains Perubatan Kecemasan; atau
- Sains Sukan
CARA MOHON
Orang ramai yang memenuhi syarat kelayakan dan berminat untuk mohon jawatan ditawarkan boleh buat permohonan sekarang dengan langkah berikut:
Langkah 1
Log masuk ke laman spa9.spa.gov.my. Sekiranya anda masih belum mendaftar akaun sistem permohonan SPA9, baca:
- Dah Ada Akaun SPA8i, Ini Cara Daftar SPA9 & Dapatkan ID Baru Untuk Log Masuk
- Cara Daftar Akaun Baru SPA9 Bagi Yang Belum Pernah Daftar SPA8i Atau Akaun Tamat Tempoh
Langkah 2
Pergi ke bahagian Maklumat Pemohon dan klik Jawatan Dimohon
Langkah 3
Pergi ke bahagian Ijazah. Pilih jawatan Pengajar U41 di bahagian pilihan jawatan. Klik +Tambah.
*Maksimum jawatan yang boleh dimohon ada 15 sahaja.
Langkah 4
Jawatan yang dipilih akan ditambah di bahagian Jawatan Pilihan. Klik Seterusnya
Langkah 5
Senarai jawatan dimohon dan maklumat lengkap anda akan dipaparkan untuk pengesahan. Jika semua maklumat betul, klik Seterusnya.
Langkah 6
Baca perakuan pemohon seperti yang tertera dan tick pada kotak SETUJU jika anda setuju. Klik HANTAR.
Slip Akuan Pendaftaran Permohonan Jawatan SPA akan dipaparkan yang mengandungi maklumat anda beserta senarai jawatan yang dimohon. Sila simpan dan cetak Slip Pendaftaran untuk kegunaan pada masa akan datang (terutama bagi bekas pelajar tajaan biasiswa).
Untuk elakkan anda melakukan kesilapan semasa permohonan jawatan di SPA, baca 6 Sebab Calon Masih Tidak Mendapat Panggilan SPA. Untuk iklan jawatan kosong penuh, anda boleh lihat di sini: