Tarikh Pembayaran Semula Penerima GKP Yang Berstatus Gagal Kredit

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah memaklumkan penerima Geran Khas Prihatin (GKP) sebelum ini yang berstatus GAGAL KREDIT akan menerima bayaran masing-masing mulai 15 September 2021. Pembayaran semula ini juga melibatkan individu yang telah mengemaskini akaun bank sebelum ini.

Pembayaran akan dibuat ke akaun masing-masing secara berperingkat. Anda boleh semak akaun bank masing-masing dari masa ke semasa.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pembayaran semula GKP.

SEMAKAN STATUS

Penerima dan pemohon GKP sebelum ini boleh buat semakan status di pautan berikut:

TARIKH PEMBAYARAN GKP

Penerima GKP yang sebelum ini dah buat semakan dan mendapati status adalah GAGAL KREDIT, anda akan menerima bayaran semula pada:

  • Mulai 15 September 2021

Pembayaran ini juga melibatkan penerima yang telah kemaskini maklumat akaun bank pada 15 hingga 31 Julai 2021.

PEMBAYARAN SEMULA GKP

Pembayaran ini melibatkan pembayaran semula program GKP bagi tahun 2021 sahaja iaitu:

  • GKP Permai
  • GKP 3.0
  • GKP Pemerkasa+

TARIKH BAYARAN GKP 4.0

Untuk makluman anda, SEMUA penerima GKP sebelum ini akan menerima bayara GKP 4.0 tidak lama lagi. Bayaran GKP 4.0 akan dibuat secara berperingkat melalui 2 fasa berikut:

  • Fasa pertama: RM500
    – September 2021
  • Fasa kedua: RM500
    – November 2021

Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke laman gkp.hasil.gov.my atau laman Facebook rasmi LHDN.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma