Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Terkini: Pelaksanaan Gaji Minimum RM1,500 Mulai 1 Mei 2022 Di Seluruh Negara

Oleh Cikgu Shaari • March 19, 2022 • 2 min baca

Terkini: Pelaksanaan Gaji Minimum RM1,500 Mulai 1 Mei 2022 Di Seluruh Negara
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Berita baik buat pekerja di Malaysia! Pekerja di negara ini dijangka akan menikmati penetapan kadar gaji minimum yang baharu sebulan sebelum penghujung tahun ini pada nilai sekitar RM1,500. Menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, walaupun nilai sebenar kadar baharu itu belum dimuktamadkan, beliau positif perkara itu boleh direalisasikan selepas mendapat persetujuan Jemaah Menteri.

Beliau merasakan kadar gaji minimum baharu itu perlu diselesaikan secepat mungkin, namun ia tetap bergantung kepada keputusan Jemaah Menteri. Kajian yang dilakukan juga sudah selesai. KSM sudah ada angka gaji minimum untuk dibawa sebagai cadangan dan akan diumumkan selepas dipersetujui Jemaah Menteri.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut penetapan gaji minimum baharu di Malaysia seperti yang dimaklumkan.

PENETAPAN GAJI MINIMUM RM1,500 MULAI 1 MEI 2022

Pekerja di Malaysia akan menikmati penetapan kadar gaji minimum yang baharu, iaitu pada nilai:

  • RM1,500

Seperti dimaklumkan, penetapan gaji minimum baharu ini mungkin dilaksanakan pada:

  • 1 Mei 2022

Kerajaan pada 19 Mac 2022  telah meluluskan pelaksanaan kadar gaji minimum baharu RM1,500 sebulan mulai 1 Mei 2022 di seluruh negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan tersebut adalah bagi mengambil kira kos sara hidup kini yang kian meningkat, sekali gus menekan golongan B40 khususnya.

Majikan Terlibat

Berikutan itu, jelas beliau lagi pelaksanaan gaji minimum ini hanya melibatkan:

  • Majikan sektor swasta yang mempunyai lima orang pekerja ke atas

Sumber

KENAIKAN GAJI MINIMUM KALI TERAKHIR

Kali terakhir gaji minimum dinaikkan adalah pada 1 Februari 2020, dengan kenaikan RM100 daripada RM1,100 ke RM1,200 sebulan, ketika pembentangan Bajet Tahun 2020.

Gaji Minimum RM1,200 Sebulan

Berdasarkan Perintah Gaji Minimum 2020, Seksyen 23 Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732), menyatakan kadar gaji minimum perlu dibayar kepada pekerja dalam mana-mana kawasan Majlis Bandaraya atau Majlis Perbandaran adalah sebanyak RM1,200 sebulan, RM46.15 sehari (enam hari bekerja dalam seminggu), RM55.38 sehari (lima hari) dan RM69.23 sehari (empat hari), manakala bayaran setiap jam adalah RM5.77.

Gaji Minimum RM1,100 Sebulan

Gaji RM1,100 sebulan terpakai untuk kawasan selain Majlis Bandaraya atau Majlis Perbandaran atau harian RM42.31 (enam hari bekerja dalam seminggu), RM50.77 (lima hari) dan RM63.46 (empat hari), manakala bayaran setiap jam adalah RM5.29.

Sekiranya anda diambil bekerja dan diberi gaji kurang daripada gaji minimum yang ditetapkan, anda berhak untuk buat aduan dan majikan boleh dikenakan denda atau didakwa di mahkamah. Rujuk panduan buat aduan sekiranya majikan bayar gaji rendah daripada gaji minimum ditetapkan di sini:

PANDUAN BUAT ADUAN GAJI RENDAH

Sumber

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.