Kerja 6 Hari Seminggu Masih Normal? Ini Cara Jawab Soalan Temuduga Yang Ramai Calon Tersalah Jawab •Waktu Terbaik Mohon Kerja Tahun 2026: Ramai Tak Sedar Timing Resume Boleh Pengaruhi Peluang Dipanggil Interview •Resume Bahasa Inggeris Kini Jadi Keperluan? Ini Waktu Terbaik Hantar Resume Untuk Mohon Kerja Tahun 2026 •Suka Kucing? Ini Cara Jadikan Minat Anda Sebagai Kerjaya Dan Sumber Pendapatan Di Malaysia •Jumpa IC Orang Jangan Terus Upload Di Facebook, Ini Risiko Yang Ramai Tak Sedar • Kerja 6 Hari Seminggu Masih Normal? Ini Cara Jawab Soalan Temuduga Yang Ramai Calon Tersalah Jawab •Waktu Terbaik Mohon Kerja Tahun 2026: Ramai Tak Sedar Timing Resume Boleh Pengaruhi Peluang Dipanggil Interview •Resume Bahasa Inggeris Kini Jadi Keperluan? Ini Waktu Terbaik Hantar Resume Untuk Mohon Kerja Tahun 2026 •Suka Kucing? Ini Cara Jadikan Minat Anda Sebagai Kerjaya Dan Sumber Pendapatan Di Malaysia •Jumpa IC Orang Jangan Terus Upload Di Facebook, Ini Risiko Yang Ramai Tak Sedar •

Cara Daftar Sebagai Sukarelawan Skuad Keluarga Malaysia JKM

Oleh Cikgu Shaari • November 25, 2022 • 2 min baca

Cara Daftar Sebagai Sukarelawan Skuad Keluarga Malaysia JKM
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Kerja sukarela atau khidmat sukarela ialah kegiatan yang dilakukan dengan rela hati, ikhlas tanpa paksaan daripada mana-mana pihak, tanpa mengharapkan ganjaran atau balasan material dan memberi manfaat kepada golongan sasaran. Kerja sukarela melibatkan penyertaan sukarelawan dalam sesuatu aktiviti bersama masyarakat.

Dalam maksud yang luas, kesukarelawanan boleh dilihat sebagai suatu konsep perkhidmatan dan perkongsian, suatu proses pendidikan atau pengalaman pembelajaran, dan penglibatan aktif warga negara dalam isu-isu dan hal-ehwal kemasyarakatan.

Rakyat Malaysia yang berminat nak berkhidmat dengan masyarakat boleh daftarkan diri untuk jadi salah seorang anggota sukarelawan Skuad Keluarga Malaysia yang ditawarkan oleh JKM.

SKUAD KELUARGA MALAYSIA

Kerajaan pada tahun 2021 telah melancarkan Skuad Keluarga Malaysia yang menyelaraskan semua mekanisme penyampaian bantuan untuk rakyat yang memerlukan di seluruh negara di bawah satu jentera.

Skuad Keluarga Malaysia itu diterajui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Ia adalah kolaborasi pelbagai agensi di bawah kementerian berbeza, pihak swasta dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

TUJUAN PELANCARAN SKUAD KELUARGA MALAYSIA

Pelancaran Skuad Keluarga Malaysia dibentuk hasil pelbagai gerak kerja dan usaha merentas kementerian dan agensi yang diatur bagi memudah cara pelaksanaan program dan inisiatif untuk rakyat dengan pantas serta berkesan.

Ia merupakan langkah untuk:

  • menyemai budaya khidmat, berorientasikan prestasi bagi meringankan beban Keluarga Malaysia, yang memerlukan bantuan dan sokongan.

Dalam usaha ini, kerajaan akan memastikan setiap produk Keluarga Malaysia memberi impak positif seperti yang diharapkan.

5 KEMENTERIAN UTAMA

Bagi menjayakan inisiatif Skuad Keluarga Malaysia, lima kementerian utama dipilih sebagai kementerian pelaksaan, iaitu:

  • Kementerian Komunikasi dan Multimedia,
  • Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan
  • Kementerian Perpaduan Negara
  • Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Tugas-tugas Khas) dan
  • JPM (Hal Ehwal Agama).

CARA DAFTAR SUKARELAWAN SKUAD KELUARGA MALAYSIA JKM

Sekiranya anda berminat untuk menjadi salah seorang anggota sukarelawan Skuad Keluarga Malaysia JKM, anda boleh lengkapkan borang pendaftaran secara atas talian yang disediakan di pautan berikut:

BORANG PENDAFTARAN SUKARELAWAN SKUAD KELUARGA MALAYSIA

Borang permohonan mestilah dilengkapkan dengan maklumat yang tepat. Jika dah ada pengalaman jadi sukarela, anda bolehlah masukkan dalam resume nanti untuk tingkatkan nilai diri nanti.

Rujuk: Contoh Aktiviti Sukarela Yang Boleh Disertai & Diceritakan Dalam Temuduga & Resume

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.