Contoh Aktiviti Sukarela Yang Boleh Disertai & Diceritakan Dalam Temuduga & Resume

Kerja sukarela atau khidmat sukarela ialah kegiatan yang dilakukan dengan rela hati, ikhlas tanpa paksaan daripada mana-mana pihak, tanpa mengharapkan ganjaran atau balasan material dan memberi manfaat kepada golongan sasaran. Kerja sukarela melibatkan penyertaan sukarelawan dalam sesuatu aktiviti bersama masyarakat.

Dalam maksud yang luas, kesukarelawanan boleh dilihat sebagai suatu konsep perkhidmatan dan perkongsian, suatu proses pendidikan atau pengalaman pembelajaran, dan penglibatan aktif warga negara dalam isu-isu dan hal-ehwal kemasyarakatan.

Sekiranya anda pernah lakukan aktiviti sukarelawan, anda boleh masukkan dalam resume dan ceritakan dalam temuduga bagi meningkatkan nilai positif diri anda! Pasti majikan pun suka bila anda calon yang suka buat kerja sukarela.

AKTIVITI SUKARELAWAN YANG BOLEH DICERITAKAN

Berikut adalah contoh aktiviti-aktiviti sukarelawan yang boleh anda masukkan dalam resume dan ceritakan dalam temuduga kerja:

1 Sukarelawan Ketika Di Sekolah

Anda pernah ikut serta aktiviti sukarelawan di sekolah? Agak jarang sekolah menganjurkan aktiviti sukarelawan, namun sekiranya sekolah anda pernah anjurkan dan anda pernah sertai, bertuahlah anda kerana pengalaman tersebut tidak akan merugikan.

2 Sukarelawan Ketika Di Universiti

Biasanya setiap universiti dan setiap pusat pengajian ada menawarkan subjek pengajian yang berkaitan dengan kesukarelawan. Contohnya di Universiti Kebangsaan Malaysia ada menawarkan subjek “Kesukarelawanan Sosial”. Jika anda ada pengalaman sertai aktiviti kesukarelawanan semasa di universiti seperti beri makan gelandangan, pembersihan pusat kebajikan, penjagaan orang-orang tua dan sebagainya, jangan sia-siakan! Pastikan anda masukkan dalam resume.

3 Sukarelawan MyVac/ Pusat Vaksinasi

MyVAC (Malaysia Vaccine Support Volunteers) merupakan satu inisiatif yang ditubuhkan dengan kerjasama agensi kerajaan untuk membantu dalam pelancaran program imunisasi kerajaan dengan menempatkan individu yang bersedia berkhidmat dalam pasukan vaksinasi.

Anda pernah sertai aktiviti sukarelawan myVac atau di mana-mana pusat vaksinasi? Ini menandakan anda seorang yang sanggup berkhidmat untuk negara dan suka membantu orang! Anda boleh ceritakan dalam temuduga terutamanya dalam temuduga kerajaan. Pasti panel terpegun!

4 Skuad Prihatin Negara KPWKM

Anda tak pernah sertai sebarang aktiviti sukarela sepanjang pengajian di sekolah atau universiti? Jika berminat, anda boleh sertai aktiviti sukarelawan yang ditawarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) iaitu melalui pendaftaran Skuad Prihatin Negara.

Skuad Prihatin Negarai terlibat dengan isu-isu dan permasalahan rakyat dengan melaksanakan kerja-kerja kemasyarakatan dan kemanusiaan sebagai menepati hasrat untuk mendampingi rakyat di peringkat akar umbi.

Sekiranya anda berminat, anda boleh DAFTAR SKUAD PRIHATIN NEGARA.

5 Sukarelawan JKM

Jabatan Kebajikan Masyarakat sangat menggalakkan ahli masyarakat untuk menjadi Ahli Sukarelawan JKM bertujuan untuk menggalakkan penglibatan masyarakat dalam kerja kemasyarakatan dan memupuk semangat tolong menolong dan budaya ikram sejajar dengan Dasar Kebajikan Masyarakat.

Sukarelawan JKM terlibat dalam pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, di peringkat negeri, daerah dan institusi serta institusi kelolaan Pertubuhan Sukarela Kebajikan.

Sekiranya anda berminat untuk daftar sebagai sukarelawan JKM, anda boleh semak syarat dan daftar sekarang DI SINI.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda dalam meningkatkan nilai positif diri untuk diceritakan dalam resume dan temuduga kerja nanti. Individu yang terlibat dalam aktiviti sukarela dilihat sebagai seorang yang sanggup berkhidmat dan suka membantu orang. Pasti panel tertarik sekiranya anda ada nilai ini terutama dalam temuduga kerajaan!

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma