Pendaftaran STPM 2023 Calon Sekolah Swasta Dan Persendirian Individu Dibuka
Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah memaklumkan pendaftaran Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM) tahun 2023 bagi calon sekolah swasta dan persendirian individu kini telah dibuka. Pendaftaran bagi calon yang terlibat mestilah dibuat secara atas talian sepanjang tempoh pendaftaran dibuka.
Pembayaran mestilah dibuat melalui perbankan internet sahaja. Pastikan anda mengikut tatacara pendaftaran yang betul.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut dan panduan pendaftaran tingkatan 6 bagi calon sekolah swasta dan persendirian individu.
Isi Kandungan
TEMPOH PERMOHONAN
Permohonan pendaftaran STPM 2023 bagi calon sekolah swasta dan persendirian idnividu boleh dibuat sepanjang tempoh berikut:
- 3 Januari 2023 hingga 24 Januari 2023
PANDUAN PENDAFTARAN STPM CALON SWASTA & PERSENDIRIAN
Pendaftaran calon sekolah swasta dan persendirian individu boleh dibuat secara atas talian dalam tempoh pendaftaran dibuka melalui pautan berikut:
Calon yang mendaftar pada Semester 2 boleh memilih untuk menduduki Peperiksaan pada Semester 2, Semester 3, dan Ulangan 1 STPM 2023 atau Semester 3, Ulangan 1, dan Ulangan 2 STPM 2023.
Calon akan menduduki kertas alternatif bertulis untuk menggantikan kerja kursus bagi mata pelajaran yang menawarkan kertas alternatif bertulis. Bagi mata pelajaran yang tidak menawarkan kertas alternatif bertulis, calon dikehendaki membuat kerja kursus mengikut semester penawaran kerja kursus mata pelajaran tersebut.
Calon yang mendaftar kurang daripada empat mata pelajaran tidak akan memperoleh PNGK dalam keputusan STPM. Pengiraan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) adalah berdasarkan purata nilai gred bagi empat mata pelajaran terbaik termasuk Pengajian Am.
KAEDAH PEMBAYARAN PENDAFTARAN
Pembayaran pendaftaran adalah melalui:
- Perbankan internet sahaja
Calon hendaklah mencetak/menyimpan Penyata pendaftaran STPM (STPM/PP) apabila pendaftaran telah lengkap dan selesai. Kegagalan mencetak STPM/PP akan menyukarkan calon untuk mengesahkan pendaftaran telah dibuat.