Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Cara Mohon Jawatan Guru Ganti MySTEP KPM Dengan Minima STPM/ Diploma/ Ijazah

Oleh Cikgu Shaari • January 5, 2023 • 2 min baca

Cara Mohon Jawatan Guru Ganti MySTEP KPM Dengan Minima STPM/ Diploma/ Ijazah
Visual Archive // 2023
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

MySTEP merupakan penambahbaikan dari pelantikan Pekerja Sambilan Harian (PSH) sedia ada di mana Personel MySTEP akan menerima upah secara bulanan dan lain-lain kemudahan seperti cuti rehat dan sebagainya. Banyak manfaat menjadi Personel MySTEP buat calon yang layak.

Kementerian Pendidikan Malaysia kini membuka tawaran jawatan kosong sebagai Guru Ganti MySTEP buat warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang berminat dengan bidang kerja yang ditawarkan. Tawaran dibuka bagi kemasukan Guru Ganti MySTEP di sekolah daerah Larut Matang Dan Selama, Perak. Bagi yang berminat

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut cara membuat permohonan Guru Ganti MySTEP menggunakan kelulusan STPM, Diploma & Ijazah.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Jawatan: Guru Ganti MySTEP
  • Penempatan: Sekolah Rendah & Menengah Daerah Perak Tengah
  • Kumpulan: Guru Ganti MySTEP
  • Tempoh Bertugas: Tertakluk kepada kekosongan guru di sekolah
  • Tarikh tutup: 28 Februari 2023

KADAR UPAH

Kadar upah akan ditentukan melalui hasil kerja yang dicapai oleh Guru Ganti MySTEP berpandukan kompleksiti tugas mengikut tahap kelayakan akademik seperti berikut:

  • Ijazah: RM2,000
  • Diploma/ STPM/ STAM: RM1,800

Kadar bayaran upah adalah untuk tempoh perkhidmatan sebulan termasuk sumbangan KWSP, Socso dan lain-lain berkenaan.

SYARAT KELAYAKAN

Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Sihat tubuh badan
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Diploma/ STPM/ STAM ke atas
  • Memiliki minat mengajar
  • Perwatakan menarik, sopan serta bersemangat tinggi
  • Sihat tubuh badan

BIDANG TUGAS

Guru Ganti MySTEP akan menjalankan tugas berikut:

  • Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah seperti guru tetap
  • Menjalankan tugas-tugas guru yang digantikan
  • Terlibat dengan aktiviti kokurikulum
  • Lain-lain tugas dan aktiviti yang diarahkan oleh pihak sekolah dari masa ke semasa

CARA MEMOHON

Permohonan boleh dibuat dengan cara mengisi borang Permohonan Guru Ganti yang boleh didapati di kaunter Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah atau di bawah perkongsian ini.

Semua permohonan perlu disertakan dengan:

  • sekeping gambar berukuran passport
  • salinan Kad Pengenalan
  • salinan kelayakan akademik yang disahkan

Hantarkan semula borang beserta dokumen dinyatakan  ke Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah.

BORANG PEROHONAN GURU GANTI MYSTEP

Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil temuduga dari masa ke semasa.

Baca juga: Panduan Mohon Kerja Kerajaan MySTEP Melalui Email Beserta Contoh Email Lengkap

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.