Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) • Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) •

Selangor Kerjaya: 10,000 Peluang Pekerjaan Ditawarkan. Ini Cara Daftar Permohonan Kerja

Oleh Cikgu Shaari • January 27, 2021 • 2 min baca

Selangor Kerjaya: 10,000 Peluang Pekerjaan Ditawarkan. Ini Cara Daftar Permohonan Kerja
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Kerajaan negeri Selangor melalui Program Selangor Kerjaya menyediakan sehingga 10,000 peluang pekerjaan bersesuaian dengan kemahiran tenaga melalui kaedah ‘profiling’, ‘upskilling’ dan ‘job placement’ dalam tempoh tiga tahun.

Inisiatif itu diambil bagi pengurusan bakat dan tenaga kerja dalam menangani wabak Covid-19. Orang ramai terutamanya rakyat negeri Selangor patut ambil peluang ini dan mula membina kerjaya sekarang.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pendaftaran Selangor kerjaya untuk permohonan kerja.

GOLONGAN SASARAN

Untuk tahun ini, kerajaan negeri mensasarkan 2,000 peluang pekerjaan yang akan diisi oleh:

  • Graduan lepasan IPT
  • Pelajar lepasan sekolah
  • Lepasan latihan vokasional
  • Tenaga kerja yang diberhentikan kerja

PELAKSANAAN PROGRAM

Pemohon yang terpilih akan melalui program seperti berikut:

  1. Program latihan bersama majikan selama setahun bagi mengasah bakat dan kemahiran
  2. Menjalani monitoring bagi memastikan tenaga kerja tersebut menyesuaikan diri dengan baik

Bagi melicinkan pelaksanaan inisiatif ini, kerajaan negeri turut membangunkan sebuah laman web dikenali sebagai Selangor Kerjaya yang memaparkan pelbagai maklumat untuk diterokai pengguna. Selangor Kerjaya juga berperanan untuk berinteraksi dengan masyarakat awam secara terus di laman media sosial.

CARA DAFTAR SELANGOR KERJAYA

Pendaftaran Selangor Kerjaya kini dibuka kepada tenaga kerja yang menepati permintaan penawaran pekerjaan terbabit di samping dapat memanfaatkan program latihan disediakan untuk membantu tenaga kerja terpilih bagi membina kemahiran mereka.

Berikut adalah langkah-langkah membuat pendaftaran untuk mencari kerja melalui Selangor Kerjaya:

  1. Pergi ke laman Selangor Kerjaya melalui pautan selangorkerjaya.com.my
  2. Klik pada Pencari Kerja di pilihan atas
    Selangor Kerjaya: 10,000 Peluang Pekerjaan DItawarkan. Ini Cara Daftar Permohonan Kerja
  3. Klik Daftar Sekarang
    Selangor Kerjaya: 10,000 Peluang Pekerjaan DItawarkan. Ini Cara Daftar Permohonan Kerja
  4. Lengkapkan semua maklumat pendaftaran yang diminta
    Selangor Kerjaya: 10,000 Peluang Pekerjaan DItawarkan. Ini Cara Daftar Permohonan Kerja
  5. Dah selesai, klik SUBMIT untuk pendaftaran
    Selangor Kerjaya: 10,000 Peluang Pekerjaan DItawarkan. Ini Cara Daftar Permohonan Kerja

Anda dah boleh mula mencari kerja dan program latihan melalui portal Selangor Kerjaya. Kerajaan negeri sentiasa komited dalam membantu rakyat yang mengalami kesusahan. Sebelum ini, kerajaan Selangor telah memperkenalkan Pakej Kita Selangor yang menawarkan beberapa inisiatif termasuk pelupusan baki pinjaman bagi peminjam Yayasan Selangor.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.