Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Pasangan Suami Isteri Jarak Jauh Dibenarkan Rentas Negeri. Ini Cara Mohon Kebenaran Polis

Oleh Cikgu Shaari • January 27, 2021 • 2 min baca

Pasangan Suami Isteri Jarak Jauh Dibenarkan Rentas Negeri. Ini Cara Mohon Kebenaran Polis
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam berkata kerajaan telah bersetuju memberi kelonggaran kepada pasangan jarak jauh yang berada di lokasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk merentas negeri untuk pulang berjumpa pasangan masing-masing.

Atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM), kerajaan setuju untuk membenarkan pasangan suami isteri yang berjauhan disebabkan bekerja untuk merentas negeri bertemu keluarga masing-masing dengan syarat mendapat kebenaran dan kelulusan polis.

Pasangan Suami Isteri Jarak Jauh Dibenarkan Rentas Negeri. Ini Cara Mohon Kebenaran Polis

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui cara mendapatkan kebenaran polis bagi tujuan tersebut.

SYARAT MERENTAS NEGERI

Sama seperti yang lain-lain, kalau ada kes kecemasan memang kerajaan benarkan tetapi perlu maklum kepada polis dan dapatkan kebenaran terlebih dahulu. Bagaimanapun, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan menasihati:

  • Mereka yang bergejala perlu mendapatkan rawatan terlebih dahulu, membuat saringan atau sebaik-baiknya menangguhkan perjalanan sehingga sihat.

Pasangan Suami Isteri Jarak Jauh Dibenarkan Rentas Negeri. Ini Cara Mohon Kebenaran Polis

PROSEDUR MENDAPATKAN KEBENARAN RENTAS NEGERI

Sekiranya anda ingin merentas negeri atau daerah yang terlibat dengan PKP, anda perlu dapatkan borang kebenaran dan ikut prosedur berikut untuk membuat permohonan merentasi negeri:

  1. Muat turun borang kebenaran rentas negeri di bawah
  2. Lengkapkan borang tersebut
  3. Berikan alasan yang jelas sebab permohonan pergerakan
  4. Turunkan tandatangan pemohon beserta tarikh permohonan
  5. Bawa borang kebenaran yang telah lengkap diisi ke balai polis berhampiran untuk mendapatkan kelulusan
  6. Sekiranya mendapat kelulusan borang tersebut perlu ditunjukkan kepada pihak berkuasa yang melakukan sekatan jalan raya ketika ingin merentasi negeri atau sempadan.

Klik butang di bawah untuk muat turun Borang Kebenaran Rentas Negeri:

BORANG KEBENARAN RENTAS NEGERI

PKP: Pasangan Suami Isteri Jarak Jauh Kini Dibenarkan Rentas Negeri Berjumpa Keluarga

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.