Permohonan Pendaftaran Murid Tahun 1 KPM Sesi 2022/2023 Secara Online

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kini telah menetapkan tarikh permohonan pendaftaran murid tahun 1 sesi persekolahan 2022/2023. Ibu bapa diminta ambil maklum dengan tarikh pendaftaran tahun 1 2022/2023 yang ditetapkan.

Ibu bapa yang mempunyai anak-anak kelahiran tahun 2015 hingga 2016 boleh buat permohonan pendaftaran sekolah tahun 1 di seluruh Malaysia pada tarikh yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui panduan membuat permohonan pendaftaran tahun 1 sesi 2022/2023 dan tarikh pendaftaran tahun 1.

TARIKH PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 SESI 2022/2023

Tarikh permohonan pendaftaran sekolah murid tahun 1 bagi ambilan 2022 dan 2023 akan dibuka pada tarikh berikut

  • Tarikh Pendaftaran Murid Tahun 1 2022/2023: 1 Mac 2021

SYARAT KELAYAKAN PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 2022/2023

Murid yang layak didaftarkan tahun 1 sesi persekolahan 2022/23 adalah warganegara Malaysia yang mempunyai tarikh lahir seperti berikut:

  • Untuk kemasukan ke sesi persekolahan tahun 2022:
    -Tarikh lahir:  2 Januari 2015 sehingga 1 Januari 2016
  • Untuk kemasukan ke sesi persekolahan tahun 2023:
    – Tarikh lahir: 2 Januari 2016 sehingga 1 Januari 2017

PENDAFTARAN TAHUN 1 SESI PERSEKOLAHAN 2022/2023

Pendaftaran tahun 1 sesi persekolahan 2022/2023 dibuka untuk permohonan seluruh Malaysia termasuk Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Permohonan pendaftaran murid tahun 1 sesi 2022/2023 boleh dibuat secara online melalui pautan berikut mulai 1 Mac 2021:

Cetak segala borang yang telah siap diisi dan sediakan bersama dokumen yang diperlukan untuk kemasukan ke sekolah yang dipohon.

DOKUMEN PENDAFTARAN TAHUN 1 2022/2023

Berikut adalah senarai dokumen sokongan yang diperlukan untuk membuat pendaftaran sekolah tahun 1:

  • Sijil lahir anak (salinan + asal)
  • Kad pengenalan ibu bapa (salinan + asal)
  • Surat nikah / cerai (salinan + asal)
  • Bil yang mempunyai alamat tempat tinggal anda
  • Sampul surat standard dan setem
  • Laporan doktor dan kad OKU (jika berkaitan)
Nota: Semua salinan dokumen yang disediakan perlu disahkan sebelum dihantar bersama borang permohonan ke pihak sekolah.

CARA DAFTAR PERSEKOLAHAN MURID TAHUN 1 SESI 2022/2023 KPM

KPM telah memperkenalkan Perkhidmatan Dalam Talian iaitu sistem SPS (Modul Pengurusan Murid) bagi memudahkan permohonan pendaftaran murid tahun 1 2022/2023, semakan kehadiran dan mengemaskini profil anak tanpa perlu mengisi borang manual.

Berikut adalah cara membuat permohonan pendaftaran sekolah murid tahun 1 sesi 2022/2023 KPM:

  1. Pergi ke pautan https://public.moe.gov.my/
  2. Klik butang Pengguna Baru untuk daftar pengguna
  3. Isikan maklumat yang diminta
  4. Setelah berjaya daftar masuk, klik pada TAHUN 1
  5. Pilih Permohonan Baharu
  6. Masukkan nombor MyKid anak sebagai ID pengenalan murid untuk pengesahan
  7. isikan:
    a) Maklumat murid
    b) Maklumat kesihatan
    c) Maklumat penjaga
  8. Setelah selesai, klik butang Simpan dan Seterusnya
  9. Untuk kemaskini permohonan sebelum membuat perakuan, pergi ke Semak Permohonan
  10. Dah selesai dan semak maklumat yang didaftarkan, pergi ke Perakuan
  11. Klik Peraku Benar dan Hantar untuk hantar permohonan
  12. Status permohonan pendaftaran murid tahun 1 akan dipaparkan
  13. Cetak surat permohonan pendaftaran murid tahun 1 untuk rujukan

Dapatkan panduan penuh pendaftaran murid tahun 1 sesi 2022/2023 KPM secara online di bawah:

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma