Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) • Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) •

Tawaran Jawatan Guru Ganti Di 34 Sekolah KPM. Mohon Guna Kelayakan STPM/Diploma

Oleh Cikgu Shaari • February 26, 2021 • 2 min baca

Tawaran Jawatan Guru Ganti Di 34 Sekolah KPM. Mohon Guna Kelayakan STPM/Diploma
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Pejabat Pendidikan Daerah Lipis di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kini membuka tawaran jawatan kosong sebagai Guru Ganti MySTEP buat warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang berminat dengan bidang kerja yang ditawarkan di salah satu daripada 34 sekolah rendah.

MySTEP merupakan penambahbaikan dari pelantikan Pekerja Sambilan Harian (PSH) sedia ada di mana Personel MySTEP akan menerima upah secara bulanan dan lain-lain kemudahan seperti cuti rehat dan sebagainya. Banyak manfaat menjadi Personel MySTEP buat calon yang layak.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut cara membuat permohonan Guru Ganti MySTEP di 34 buah sekolah yang ditawarkan.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Jawatan: Guru Ganti MySTEP
  • Agensi: Pejabat Pendidikan Daerah Lipis
  • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional (Guru Ganti)
  • Tempoh Bertugas: Tertakluk kepada kekosongan guru di sekolah
  • Tarikh tutup: 5 Mac 2021 (jam 12 tengah hari)

KADAR UPAH

Kadar upah akan ditentukan melalui hasil kerja yang dicapai oleh Guru Ganti MySTEP berpandukan kompleksiti tugas mengikut tahap kelayakan akademik seperti berikut:

  • Ijazah: RM2,000
  • Diploma/STPM/STAM: RM1,800
  • SPM/SPMV: RM1,600

Kadar bayaran upah adalah untuk tempoh perkhidmatan sebulan termasuk sumbangan KWSP, Socso dan lain-lain berkenaan.

SYARAT KELAYAKAN

Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
  • Mempunyai kelayakan akademik minimum diploma atau setaraf
  • Kadar upah maksimum RM1,800 sebulan (bergantung kepada laporan output)
  • Boleh bekerja di bawah pengawasan minimum dan menyiapkan tugasan dalam tempoh yang ditetapkan

BIDANG TUGAS

Guru Ganti MySTEP akan menjalankan tugas berikut:

  • Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah seperti guru tetap
  • Buku persediaan mengajar dan rekod-rekod pelajar perlu disediakan dan diselia seperti yang dilaksanakan oleh guru yang digantikan
  • Terlibat dengan aktiviti Kokurikulum
  • Serta lain-lain tugas dan aktiviti yang diarahkan oleh pihak sekolah

CARA MOHON GURU GANTI

Permohonan secara rasmi bersama RESUME TERKINI hendaklah dikemukakan melalui:

  • Kaunter PPD Lipis (U.P MOHD ADLAN BIN JALIL); atau
  • Emel ke alamat spsppdlipis@gmail.com dengan tajuk emel PERMOHONAN MySTEP

Pastikan anda hantar permohonan sebelum tarikh tutup permohonan iaitu 5 Mac 2021 jam 12 tengah hari. Hanya calon yang disenarai pendek akan dijemput hadir ke sesi temu duga.

Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan/panggilan selepas 1 minggu dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

Anda diingatkan untuk hantar email permohonan bersama resume yang lengkap dengan etika yang betul.

Rujuk: Panduan Mohon Kerja MySTEP Melalui Email Beserta Contoh Email Lengkap

SENARAI SEKOLAH

Tawaran Jawatan Guru Ganti Di 34 Sekolah KPM. Mohon Guna Kelayakan STPM_Diploma

Tawaran Jawatan Guru Ganti Di 34 Sekolah KPM. Mohon Guna Kelayakan STPM_Diploma

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.