Mohon Bantuan Android Tab Percuma Buat Keluarga B40 & Penerima BPN 

Impak Pandemik Covid-19 menjadikan anak-anak mengalami perubahan dengan norma baru. Pembelajaran selama ini di kelas kini dilaksanakan di rumah dengan kaedah secara atas talian. Walaupun sesi persekolahan secara bersemuka kini dilaksanakan semula, peranti pintar adalah satu keperluan yang setiap isi rumah perlu ada bagi memudahkan urusan.

Menyedari ramai keluarga yang tidak berkemampuan untuk memiliki keperluan ini, Dato Seri Anwar Ibrahim – Ahli Parlimen Port Dickson cuba menyediakan seberapa yang termampu untuk murid-murid agar tidak ketinggalan dalam mendapatkan akses pendidikan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk semak syarat kelayakan dan cara buat permohonan bantuan peranti pintar percuma buat keluarga yang layak.

JENIS PERANTI

Jenis bantuan peranti pintar yang disediakan adalah:

  • Android Tab atau mana mana peranti pintar yang menyokong sistem android

SYARAT PERMOHONAN:

Permohonan adalah terbuka kepada keluarga yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Keluarga warga/ penduduk/ pengundi di Port Dickson
  • Pendapatan keluarga di bawah B40
  • Merupakan penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPN)
  • Mempunyai asas dalam penggunaan komputer atau internet

MURID YANG LAYAK

Bantuan disediakan buat murid di tahun dan tingkatan:

  • Tahun 1 hingga 6; dan
  • Tingkatan 1 hingga 6

CARA MOHON

Ibu bapa yang memenuhi syarat kelayakan dan memerlukan bantuan peranti pintar untuk tujuan pembelajaran boleh kemukakan permohonan secara online sekarang. Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan disediakan di bawah:

Sumbangan adalah terhad. Pihak Parlimen Port Dickson akan meneliti kesemua permohonan. Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang benar-benar layak.

Mohon Bantuan Android Tab Percuma Buat Keluarga B40 & Penerima BPN 

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma