Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-93 Pada Mac 2022 Ditangguhkan Ke Tarikh Baru Ini

Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah membuat makluman, iaitu menangguhkan Istiadat Konvokesyen ke-93 universiti tersebut yang dijadualkan bermula pada 2 hingga 23 Mac 2022 berikutan dengan kes Covid-19 dan penyebaran Omicron di seluruh negara yang semakin meningkat.

Keputusan ini juga dibuat berdasarkan saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan keprihatinan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), berikutan peningkatan penularan jangkitan Covid-19 secara mendadak di seluruh negara yang amat membimbangkan pihak universiti.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut penangguhan Istiadat Konvokesyen UiTM ke-93.

GRADUAN UITM TERLIBAT

UiTM dalam kenyataan memaklumkan penangguhan istiadat konvokesyen ke-93 (sesi November 2020) adalah melibatkan 27,287 graduan:

  • UiTM Shah Alam
  • UiTM Cawangan Sarawak
  • UiTM Cawangan Sabah

JANGKAAN TARIKH PELAKSANAAN SEMULA

Penangguhan Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-93 adalah seperti yang dijadualkan sebelum ini, iaitu:

  • Tarikh asal: 2 hingga 23 Mac 2022 (Sesi November 2020)

Istiadat Konvokesyen UiTM ke-93 ini dijangka akan dilaksanakan pada:

  • Tarikh baru: Jun hingga Julai 2022

Penangguhan ini juga mengambil kira keselamatan, kesihatan, kebajikan dan kesejahteraan graduan serta semua warga universiti. Pihak pengurusan UiTM memohon  maaf atas segala kesulitan yang dialami oleh para graduan dan ibu bapa. Pihak UiTM juga berasa kesal dengan situasi yang di luar kawalan ini dan amat menghargai kefahaman, sokongan serta kerjasama yang diberikan oleh semua pihak dalam hal ini.

Maklumat terkini mengenai penangguhan pelaksanaan Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-93 boleh dirujuk di laman sesawang konvokesyen.uitm.edu.my atau hubungi Puan Aminah Aman di talian 0335443110 atau Puan Rozani Mohd Noh di talian 0355443114.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma